Saturday 13 April 2013

Ya Allah Bantulah HambaMu ini ~ Pada zaman dahulu (Part 2)

Salam =)

Sorry sebab lambat update ^__^
Almaklumlah baru sampai rumah.
Jauh sungguh UiTM mencampakkan Miss HH dari tempat belajar dengan rumah ='(
Tapi tak apa dapat timba pengalaman baru yang tak boleh dijual beli =D
Kalau sebelum ni cerita pasal MDS dengan pertemuan kali pertama dengan TESLIANS.
Entry ini akan bersambung untuk kisah yang seterusnya. (Dah macam drama pulak) *KONON-KONON LA* =__=''

(Eh kenapa kena belajar ni pulak??)

Bila tengok senarai subjek untuk semester satu miss HH rasa nak pengsan sekejap.
Apa semua ni??? huahhhh ='(
Biar miss HH terangkan serba sedikit mengenai subjek yang miss HH kena ambil sebagai pelajar Asasi Tesl.

1. Computer Literacy

Eh subjek apa ni?
Apa motifnya miss HH kena belajar subjek ni?
Sebenarnya subjek ni pasal computer and laman web.
Something macam tu la.
Nanti belajar la dalam computer tu ada component apa.
Miss HH tak suka subjek ni. *HEHE*
Assignment untuk subjek ni best jugak, miss HH belajar macam mana nak buat laman web sendiri =)
Test untuk subjek ni susah giler. =__=''
All da best. HAHAHA *Maaf tergelak jahat pulak* hehe. sorry.
Tapi miss HH dapat A tau untuk subjek ni.
Itu pelik. =) Rezeki tu. Alhamdulillah. Hehehe.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa miss HH kena ambil subjek ni?
Mungkin untuk apply waktu jadi cikgu. Yela kan sekarang ni semuanya guna teknologi =D
Hehehe. =)

2. College Study Skills

Bila tengok subjek ni lagi pelik skill apa agaknya yang akan miss HH belajar?
Then bila dah belajar, baru lah tahu rasionalnya miss HH diwajibkan belajar subjek ni.
Subjek ni fokus kepada macam mana nak belajar dengan betul.
Time table untuk assignments.
Apa yang kena buat untuk tajamkan skill belajar kita.
Memang bermanfaat nanti boeh apply sampai bila-bila =)
Lebih kurang macam tu la.
Assignment? Hurmm. Pelik sikit untuk subjek ni.
Rasanya macam kena buat monthly planner.
Eh apa tu? Alaaa apa yang miss HH buat setiap bulan.
Contohnya macam revision, assignments apa kena hantar.

3. Malaysian Studies

Miss HH suka subjek ni.
Tapi yang buatkan miss HH kureng suka sebab malaysian studies ni dalam english. =,,= ( Dah nama pun ambil TESL kan. memang la semua english)
Malaysian studies ni macam sejarah. (Memang sejarah pun. Hahaha XD)
Miss HH berjumpa dengan kawan lama iaitu bab 2 sejarah tingkatan 1.
Ala yang ada zaman paleolitik tu. Yang tu la.
Buku subjek ni tebal yang amat.
Miss HH score jugak subjek ni. LALALA~
Macam mana miss HH hafal?
Rebus buku lepas tu air buku tu minum.
CONFIRM pandai.
Eh, jangan buat pulak miss HH tak nak bertanggungjawab =P
Sebenarnya tips utama untuk subjek ni just jawab soalan past years.
Ala macam korang semua buat untuk PMR dengan SPM tu. =)

4. Grammar

Inilah dia subjek yang paling digeruni oleh miss HH.
Subjek ni tak de assignment. =)
Test berlambak la. (3 je pun. maaf la selalu poyo sikit. hehe)
Alhamdulillah dengan adanya subjek ni grammar miss HH dibaik pulih =)
Miss HH belajar balik present simple, present progressive semua tu.
Tapi lebih mendalam.
Sangat seronok tau belajar subjek ni. =D
Nasihat miss HH sila score subjek ni untuk first semester. ^__^

5. Writing

Writing? Takkan tak tahu kot?
Essay la apa lagi. hehe =)
Miss HH belajar macam mana nak organize kan main idea semua tu.
800 words biasanya. Tapi kalau final selalunya dalam 400-550 words macam tu.

6. College Reading Skills

Subjek ni waktu mula-mula miss HH belajar agak pening sedikit.
Pening banyak sebenarnya. ^__^
Tapi best =)
Alaaa. Tak susah pun. Hehehe.

7. Islamic Education

Ini subjek Pendidikan Islam.
Susah sikit sebab ada sesetengah perkataan tu lain dalam english.
Satu lagi, subjek ni kadang-kadang dalam module cover topic lain tapi bila final dia keluar lain.
Macam ikut suka suki dia je.
Nak buat macam mana? Redha je la.
Miss HH pinjam buku kawan miss HH yang diploma tu.
Dapat la input sikit-sikit =)
Pandai-pandai la usaha kalau nak gred bagus kan =)

8. Listening & Speaking

Subjek ni. =,,=
Tak tahu la nak describe macam mana.
Miss HH menangis bila dapat tahu apa yang kena belajar dalam subjek ni.
Phonetics symbol. Salah satu daripada paper untuk listening.
listening lain, speaking lain.
Selamat menangis bila dapat assignment =)

p/s : Kalau miss HH ada masa, miss HH akan upload nota Malaysian Studies yang miss HH buat dengan kawan-kawan miss HH yang comel. =D

(Hai classmates baru)

Before start kuliah hari tu, miss HH dengan roommate yang bernama Iryani melihat-lihat dimana agaknya nama kami berdua dan kelas.
Sedih rasanya hati bila miss HH tahu yang miss HH tak sama kelas dengan roommate.



Seriously waktu MDS susah sangat nak cari kawan.
Rasa nak menangis. (Bukan rasa dah memang menangis pun =P )
MPI0201C Inilah kelas miss HH untuk semester satu.
Waktu kaki melangkah masuk ke dalam kelas semua muka sangat tak familiar bagi miss HH.
Semua muka poyo je. (Bila ingat balik rasa kelakar pulak. hehe =D )
Miss HH masih ingat masa tu kelas Grammar dekat BT 2.8 jam 10.30 pagi.
Memang krik, krik, krik, krik sorang-sorang kat situ.
Rasa bosan gila sebab kawan-kawan waktu MDS yang Tesl jugak semua lain kelas.
Redha je la.
Madam Nagamany ini nama lecturer yang akan mengajar kelas miss HH subjek college reading dengan grammar.
First time madam masuk.
Ya Allah terasa kecut hati macam jeruk =/


Kenapa? Sebab muka madam waktu tu sangat-sangat garang.
Waktu madam masuk semua muka macam baru nampak hantu. ^__^
Madam bagi warning macam-macam contohnya macam sahsiah rupa diri,peraturan dalam kelas dia.
Kebetulan waktu tu, ada dua orang student masuk lambat.
Nak tahu apa jadi? Madam marah.
sbb? Budak tu pakai jeans dengan t shirt. ( Budak tu budak perempuan)
Actually pelajar tesl ada dress code.
Semua pelajar perempuan diwajibkan memakai BAJU KURUNG setiap hari untuk ke kelas. =)
That's why madam marah.
Tapi madam bukan marah teruk dia just tegur and minta that girl jangan pakai baju tu lagi.

(Kenapa jauh sangat perjalanan ni?)

Hanya Tuhan je yang tahu betapa jauhnya perjalanan dari kolej ke kelas yang jauh di kayangan.
Kenapa kayangan? Sebab fakulti asasi Tesl dekat nunnnn di atas bukitttt.
Sila lihat gambar fakulti kayangan kesayangan miss HH ni.



Yang ni jalan nak naik atas. Yang bawah ni pulak fakulti kayangan.
Actually yang bwh ni dikenali sbg bangunan KPP 3 =) (Nama sbnr fakulti kayangan. Ingat manusia je ada nama samaran? bangunan pun ada tau ;)


Can you guys imagine miss HH mendaki bukit tonggek ni untuk sampai ke fakulti kayangan.
Ya Allah memang bersabar sangat-sangat.
Tapi tak apa mana ada benda yang senang dalam dunia ni betul tak?
Even nak makan pun susah =)



Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, miss HH mendaki jugak bukit tonggek tu.
Eh kenapa bukit tonggek? Haha itu fikir la sendiri.
Tapi seriously bukit tu memang sangat cerun ke atas.
Kalau siapa yang mendaki bukit tu guna high heels,
miss HH ucapkan GOOD LUCK =)

Sampai disini dulu post miss HH nanti sambung pulak.
Banyak lagi barang yang tak dikemas ni.
Adios  =) *waving hands*


No comments:

Post a Comment