Monday 8 April 2013

Tajuk apa-apa pun boleh =)

Bismillah =)
Assallamulaikum ^_^ 
Hai semua. =) 
Ini adalah post pertama dari diri ini. =D Happy ~~~ wee~
Almaklumlah dah lama tak menulis dalam bahasa melayu. Yelah sebelum ni apa-apa pun sikit-sikit English. Eh, tak merungut tapi rinnduuu nak tulis dalam bahasa melayu =)
Diri ini baru sahaja menamatkan pengajian di Uitm, Alor Gajah, Malacca sebagai graduan Asasi Tesl 2012/2013. 
Ehh graduan ke? Tak kesah la =,,= hehe. 

There are a lot of stories that I want to write about. ABOUT US TESLIAN ='(
EHHH. Tekan brek sekejap, sebelum tu biarlah aku memperkenalkan diri sebagai hemohemo comel. Erk? comel ke diri ini? Mungkin. Hahaha XD
Kenapa mesti hemohemo? Eh, tak payah banyak tanya laaa. Hadoiii. 

Maafkan miss HH sbb merepek di atas. Pembukaan kata la katakan. ;)
Sebenarnya, tujuan miss HH  buat blog ni bukan apa just nak cerita pengalaman manis pahit masam dan juga perjalanan hidup sebagai pelajar asasi Tesl. 
Walaupun mesti orang kata alah baru habis asasi apa je miss HH nak kongsi kan? 
Tak pela. Miss HH malas nak dengar apa yang orang kata. =_=''

Juga untuk menyenangkan adik-adik untuk bertanya soalan mengenai asasi Tesl. 
Penuh PM miss HH dalam Facebook dengan message adik2. Jenuh juga jari-jemari yang comel ni nak menaip jawapan. =)
Tapi demi adik-adik miss HH sanggupkan jugak diri untuk membalas. =)
Sebab tu miss HH terfikir kenapa tidak miss HH wujudkan blog. So, senanglah adik-adik nak tanya soalan. Plus, semoga reader yang lain dapat juga info tambahan. =)
Adik-adik yang masih tak clear dengan maklumat yang akak berikan, akak akan terangkan balik dalam post yg seterusnya. Insyaallah. ^_^
(Sekejap akak sekejap miss HH. Entah apa-apa je pemilik blog ni =,,=)

Rasulullah S.A.W bersabda " Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat"


Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. 
Insyaallah =)
Miss HH akan menulis post yg seterusnya dan seterusnya esok dan hari yang seterusnya insyaallah.
Waktu sudah menunjukkan jam 4 Pagi. 
Miss HH kena pergi dulu merehatkan badan dan minda. =)


No comments:

Post a Comment