Monday 22 April 2013

Tahniah junior to be! ^__^

Salam =)

Tahniah SPM 2012's leavers sesiapa yang dapat interview Asasi Tesl =)
Berdebar-debar tak?
Mesti perasaan bercampur-campur kan?
Macam ada 1001 rasa dalam diri kan?
Jangan risau relaks. =)
Jadi macam cartoon kat bawah ni.


Sebelum tu miss HH nak ucapkan tahniah banyak-banyak.
Eh, bukan senang tau nak dapat interview ni.
Cuba bayangkan beribu-ribu pemohon yang minta anda adalah insan yang terpilih. =)

Miss HH nak share sikit pengalaman miss HH waktu interview dulu.
Mungkin boleh dapat sedikit input untuk adik-adik sekalian. *cewah* XD 

Alkisah bermulanya ada suatu hari dibulan April pada tahun 2012, miss HH tergerak untuk membuka laman web UiTM. 
Miss HH suka-suka je cek hari tu sebab ternampak post siapa entah yang kata boleh cek interview.
Nak tahu tak sebenarnya miss HH tak ingat yang miss HH ada apply asasi Tesl.
Teruk kan miss HH ni? Hehehe. ^__^
Nak dijadikan rezeki, Allah takdirkan miss HH ternampak post dan terus melayari laman web UiTM. 
Alhamdulillah, miss HH dapat  interview tu.


Miss HH gembira sangat waktu tu. =)
Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Hehehe. =D

Miss HH masih ingat lagi miss HH pergi interview dekat UiTM Shah Alam. =)
Siapa dapat dekat UiTM Shah Alam? Kita geng. ^__^



Miss HH dapat interview untuk sesi yang kedua = sesi petang.
Pukul 2.30 petang kalau tak silap. 
Berdebar-debar miss HH time tu. 

Kali pertama miss HH menjejakkan kaki di bumi UiTM Shah Alam Seksyen 17 rasa menggeletar seluruh badan. 
Miss HH pergi dengan ummi miss HH sahaja.
Miss HH  melangkah pergi melihat senarai nama miss HH dekat satu papan kenyataan. 
Alhamdulillah ada nama miss HH. 
Miss HH risau jugak kalau pergi-pergi tengok-tengok nama tiada. 

Miss HH masuk dalam dewan untuk ambil ujian bertulis.
Ummi miss HH tunggu dekat luar.
Ujian tu dalam sejam macam tu.
Miss HH dapat soalan WRITE THE ADVANTAGES OR DISADVANTAGES OF SOCIAL NETWORKS. ABOUT 200 WORDS. (miss HH tak sure sangat dengan bilangan patah perkataan)
Apa yang miss HH tulis?
Buat macam essay SPM la. hihi  ^__^
Introduction tu miss HH buat macam cerita sikit. (untuk menarik perhatian)
Ada beberapa soalan objektif.
Susah gila soalan objektif tu.
Dahla cakap pasal dessert (padang pasir) 
Lama jugak miss HH ambil masa nak jawab soalan tu. 
Lagi lama dari jawab soalan essay. =,,=

Lepas je habis jawab miss HH keluar dari dewan yang saiznya sederhana besar, miss HH terus keluar untuk sesi interview pulak.
Miss HH lupa miss HH dapat bilik interview number berapa tapi miss HH kena pergi dekat tingkat dua.
Miss HH number 5 kalau tak silap.
Ummi miss HH tak naik sekali sebab ramai orang yang beratur dekat situ.

Jantung miss HH rasa macam nak terkeluar waktu mendaki tangga. 
Bila ingat balik rasa lawak pulak. =)
Miss HH rasa tempat interview ni macam tempat kuliah pelajar UiTM Shah Alam. 

Waktu tengah duduk tu, miss HH senyap je. 
Ada budak-budak sebelah miss HH speaking kot. 
Haihh terasa cuak pulak. 
Dalam hati miss HH cakap kat diri sendiri 'no matter what happened I need to do my best'

Waktu miss HH cek, nak tahu satu benda tak.
Miss HH lupa bawak Identity Card ='(
Rasa nak menangis waktu tu.
Cuak pun ada jugak.
Dahla cuak nak interview tambah pulak dengan tak bawak Kad Pengenalan.

Miss HH pandang je budak-budak yang ke hulu ke hilir bawak dyeorang punya sijil terutama budak-budak SBP dengan MRSM.
Miss HH telan air liur. 'Dapat ke aku menandingi mereka ni?'
Miss HH tiupkan semangat pada diri sendiri sambil berselawat untuk hilangkan nervous. 



Bila tiba giliran miss HH, miss HH masuk dalam bilik tu dengan kaki kanan. ^__^ *jangan lupa ikut =)*
Miss HH bagi salam kepada interviewer.
Miss HH menarik nafas lega bila tengok interviewer nya perempuan.
Seorang melayu and seorang lagi Indian.
Miss HH serahkan sijil asal dalam satu file, sijil salinan dalam file yang satu lagi.
Nampak la tersusun sedikit. 

Miss HH duduk dekat atas kerusi plastik and jarak antara miss HH dengan interviewer tu dalam 1 meter. 
Yang interview melayu miss HH perasan dia tak tanya, dia just semak sijil miss HH. 
Yang Indian tu yang interview miss HH. 

Bermulalah interview miss HH.
Soalan yang pertama dia ajukan.

Q:  How did you come here?
A:  I come here by bus. ( time ni masih takut-takut lagi nak jawab)
Q: Why?
A: (eh kena bagitahu eh kenapa) Because my father have something important to do that is why he can't send me here. 

Miss HH terfikir betul kan jawapan aku ni?
Nampak sangat ke aku nervous?
Macam-macam yang miss HH fikir waktu tu.
Miss HH tenangkan diri. Lemparkan senyuman dan mata memandang puan interviewer.

Q: Do you come here alone?
A: I come here with my mother.

Miss HH just buat prediction yang interviewer tu saja nak bagi soalan yang senang-senang dulu baru dia tanya soalan yang susah sikit. Mungkin dia nak bagi kita selesa dulu.

Q: How did you go to school?
A: My father send me everyday. 

Masa ni miss HH rasa tak pe ke kalau miss HH jawab pendek je?
Jawapannya, tak apa sebab kalau dah memang soalan yang dia tanya tu memerlukan jawapan yang pendek jugak =)

Q: What did you do in your school?
A: (Mestilah belajar kan apa lagi?. But, nanti dulu. Mesti ada hidden meaning disebalik soalan interviewer ni) Miss HH pun berceritalah jawatan apa yang miss HH pegang dekat sekolah, pertandingan apa yang miss HH menang. Semua tu laa. Panjang pulak kalau nak cerita satu demi satu.

Masa ni, miss HH dah ada keberanian untuk bercakap. Soalan yang seterusnya susah sikit.

Q: What is your opinion about the PPSMI.
A: (nasib baik before datang sini miss HH ada buat research sikit pasal PPSMI) Nak tahu miss HH jawab apa? Hehehe. Miss HH setuju PPSMI dimansuhkan. 

Untuk soalan dekat atas ni miss HH malas nak elaborate sebab nanti timbul salah faham pulak. hehe.
Tapi rasanya kalau setuju terangkan lah kenapa and experience smua tu.

Dalam 10 minit macam tu, miss HH keluar.
Before keluar tu miss HH salam kedua-dua interviewer.
Interviewer tu ada jugak tanya sama ada miss HH ada soalan untuk ditanya atau tak.
Masa tu miss HH fikir nak keluar cepat and nak balik sebab sejuk sangat dah rasa macam duduk dalam negara beriklim sejuk so, miss HH tak de tanya apa-apa soalan. 

Itulah ceritanya.
^__^
 Apa yang penting untuk bakal junior miss HH, korang buat yang terbaik baca bismillah dulu sebelum jawab soalan interview. 
Yang penting fikir dulu before jawab tapi jangan fikir lama sangat.
All the best untuk adik-adik.
Miss HH doakan segala urusan korang dipermudahkan untuk interview nanti. ^_^
Insyaallah kalau ada rezeki memang tak akan ke mana. 




Nota comel : Kalau dapat asasi tesl jangan lupa bagitahu dekat miss HH. hehe. ^_^

Sunday 21 April 2013

Apakah makna persahabatan?

Salam ^__^

Kali ni miss HH nak fokus topik pasal friendship.
Bagi miss HH friendship ni sangat penting.
Bukan setakat kawan dengan orang tu untuk kepentingan diri sendiri.
Kalau kawan sebab ada kepentingan friendship memang tak kan tahan lama.
TRUST ME!


Biarlah keyboard laptop miss HH ni berbicara.
Miss HH ada dua kenangan paling tak baik dalam FRIENDSHIP ni.
Seriously rasa nak lupakan semua tu.
Tapi miss HH akan cerita jugak supaya dapat memberikan pengajaran pada semua. =)

Masa miss HH masih dalam alam persekolahan, miss HH  ada la berkawan dengan si A, dengan si B.
Dua-dua perempuan.
Miss HH tak ada kawan rapat lelaki.
Kenapa?
Sebab miss HH tak biasa. hehe =P
Masa tu miss HH form 2 kalau tak silap.
Miss HH rapat dengan A dan B pun sebab diaorang berdua tu kawan miss HH dari sekolah rendah.
Disebabkan kawan yang rapat dengan miss HH kebanyakannya pergi asrama penuh dengan MRSM, miss HH terkapai-kapai la berseorangan kat sekolah menengah. 
Time goes by, agaknya Allah nak tunjuk satu hari tu, miss HH kena tinggal dengan si A dengan si B ni. 
Mestilah miss HH rasa sedih.
Bukan sekali tau, dah banyak kali.
Masa tu lah miss HH dengan selamba badak peluk seorang budak perempuan ni.
Nama dia, NUR AQILAH AHMAD FUAD =)
Mestilah dia pun terpinga-pinga waktu tu.
Yelah, kalau miss HH pun mestilah terpinga-pinga sebab tetibe orang peluk kan. =)
Mereka berdua (A dengan si B) rupa-rupanya pernah mengutuk dibelakang miss HH.
Memang la bengang kan tapi, biarlah diaorang. ^__^
Sejak dari peristiwa tu, miss HH berkawan baik dengan Qila. 
Sampai sekarang tau. 
Dah 5 tahun usia persahabatan miss HH dengan Qila. =)
Miss HH masih berhubung dengan Qila sampai sekarang.
Hari lahir miss HH dia tak pernah lupa tau. =)
Hadiah birthday tiap-tiap tahun dapat.
Rumah miss HH dengan Qila tak jauh sangat.
Dekat je. ^__^
Yang paling miss HH tak boleh lupa, Qila dengan miss HH pernah minat lelaki yang sama tapi dua-dua mengalah biar jela lelaki tu.
Hihihi =D 


Buat sesiapa yang pernah bergaduh dengan kawan baik sendiri sebab berebutkan lelaki HENTIKAN je la.
Bukannya dapat apa-apa pun.
Seronok lelaki tu tengok korang bergaduh sebab dia.
Tak malu ke? =)
Selesai la baik-baik.
Kawan yang baik ni sukar dicari.
=)

Kali pertama berjumpa dengan NORFARHANA dengan NOORFARAHANI waktu miss HH balik dari MDS. 
Miss HH masih ingat time tu, dah malam.
Pukul 1 pagi kot.
Miss HH ingatkan roommate miss HH tak ada dalam bilik.
So, miss HH beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik jiran sebelah.
Hana dengan Hani la jiran bilik miss HH. 
Hana pernah cakap dengan miss HH waktu mula-mula tu dia kata miss HH budak-budak sekolah.
Tak guna betul. =_=''
Tapi miss HH tak ambil hati pun.
Hehe. =)
Sejak daripada tu, miss HH sangat sayang pada mereka berdua ni. 
Miss HH memang selalu dekat bilik Hana dengan Hani sebab roommate miss HH selalu tak de dekat bilik.
Lagipun miss HH dengan Hana  satu kelas waktu semester satu dulu.
So, senang sikit nak bincang apa yang dah belajar dalam kelas dengan Hana. =)
Bincang assignment sama-sama. ^__^ Makan pun sama-sama =D 
Miss HH terkilan sebenarnya sebab tak dapat jumpa Hana waktu lepas habis asasi.
Miss HH tak ingat dia balik hari miss HH dengan Biey pergi jalan-jalan pada waktu yang sama. ='(
Tak apa, biar jauh di mata dekat di hati ye tak ? =)


Mummy miss HH, NORHANANI, FAJRINA, thanks korang =)
Sedih sebenarnya sebab lepas ni entah bila pulak boleh jumpa kann. 
Insyaallah korang berdua akan kekal dalam ingatan. ^__^

Kawan-kawan seperjuangan Asasi Tesl terutamanya MPIO201C dengan MPIO202B miss HH sayang sangat kat korang semua.
Terutamanya Fitri(Daddy tiri), shinbei, hidayah, iman, nina, shafiee, semua laaa. 
Tak larat pulak nak type. hehe. ^__^

Bagi miss HH, classmates miss HH dah macam adik beradik miss HH sendiri.
Mereka ada waktu miss HH perlukan bantuan.
Seriously, this is not goodbye to all my classmates.
I believe we will met again. =)






Miss HH buat video di atas khas untuk classmates miss HH. ^__^



Selalunya kawan yang rapat dengan kita ni mencerminkan siapa kita. =)
Yela, mana ada orang nak kawan dengan orang yang tak sebulu dengan dia. 
Betul tak? 




Miss HH sangat merindui kawan-kawan sewaktu asasi dulu.
Huahhh.
Rasa nak menjerit =/
Tapi insyaallah sekarang ni kan zaman moden, boleh je sms, video call tanya khabar ye tak?

Miss HH mengundur diri dulu.
Selamat petang =)
Adiossss. ^__^

Saturday 20 April 2013

Apabila Allah Menduga (Pada Zaman Dahulu) The end?

Salam =)

Semua sihat hari ni?
Alhamdulillah miss HH sihat je kat sini. (tetibe pulak =_='')
Sebenarnya Pada zaman dahulu punya post dah sampai ke penghujungnya.
*sob sob* ='( sedihhhh.
Mungkin post kali ni panjang sedikit sebab miss HH rasa macam nak cerita sesuatu yang penting.
SANGAT PENTING. =D
Penting yang macam mana tu?
Kalau nak tahu sila la baca. ^__^ muehehe XD

SEMESTER 2 
(BEGINIKAH BERAKHIR?)

Kali pertama miss HH menjejakkan kaki di tanah Lendu, miss HH berjanji dengan diri sendiri untuk memperbaiki kesilapan yang miss HH lakukan waktu semester 1 dulu.
Kali ni miss HH bertukar roommate.
Kenapa?
Biarlah miss HH je yang tahu.
Nama roommate miss HH Nur Nabilah or nama manjanya biey =) *manje ke* =P
Jiwa miss HH ni rasanya lagi sesuai dengan biey. *wink wink* =D
Miss HH sedih jugak bila semester kedua ni bertukar classmates.
Sekali lagi kan?
Sob sob ='(
Tapi nak buat macam mana, life must go on. Hehe. ^__^
Alhamdulillah, miss HH dapat sekelas dengan biey =D.
Senang kalau nak pergi kelas sama-sama. Ada teman. =D
*eh kenapa banyak sangat emoticons ni?* XD

Before miss HH merapu lebih-lebih, subject untuk semester 2 adalah seperti di bawah

*WRITING II

Dalam subjek ni, masih kena buat essay macam semester satu tapi kena include in-text dengan end text citation.
Apa benda tu?
Miss HH pernah jugak bertanya soalan tu dengan diri sendiri.
Kalau rajin pergi google cari APA format.
Lepas tu baca la.
Contohnya, kalau miss HH ambil sedikit information daripada buku then letak dalam karangan miss HH.
Lepas tu, miss HH kena letak in-text citation dalam karangan and letak end text citation untuk rujukan.
Benda ni complicated sebenarnya. SANGAT =)
Sampai menangis miss HH dengan Biey di buatnya.
Korang ingat senang ASASI TESL ni? *tetibe emotional* hehe.
Satu je miss HH nak ingatkan jangan cepat putus asa, teruskan jugak usaha, ingat pengorbanan ibubapa tanya lecturer, try google, buat semana yang boleh.
Insyaallah boleh buat =) Doa jangan dilupakan.
Doakan senjata mukmin. ^__^

*GRAMMAR II

Subjek ni tak de yang beza sangat pun.
Just lagi susah sikit la.
But jangan risau Miss Siti lecturer terbaik untuk subjek ni.
*erm bukan miss HH nak kata lecturer lain tak okey, dyeorang okey je just bagi pandangan miss HH je =)*

*COLLEGE READING II

Entah kenapa miss HH rasa macam dah jatuh cinta dengan subjek ni.
Hehehe.
Dalam subjek ni miss HH belajar macam mana author's tone, author's purpose.
Memang menarik la subjek ni.
Yela memandangkan miss HH suka membaca, dapat la miss HH gunakan skill ni untuk membaca =)
Journal paling DAEBAK! haha. XD
Penat jugak miss HH dengan Biey turun naik fakulti di kayangan tu semata-mata nak dapatkan percentage yang terbaik untuk journal.
10% tauuu. Banyak kan?
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian ^__^
Alhamdulillah journal dapat 8.15% *tetibe nak bagi tahu percentage* hihi
Bukan niat nak membangga diri tapi sebagai motivasi untuk semua supaya berusaha. *terpoyo pulak* =_=''

*LISTENING AND SPEAKING II

Subjek ni untuk this semester, miss HH kena buat demonstrative speech dengan informative speech. ^__^
Demonstrative speech ni susah jugak sebab kita kena buat demo and tunjukkan kepada classmates =)
Apa yang miss HH buat untuk demo? Hahaa.
Biarlah rahsia. *wink wink*
Tapi yang pasti bukan memasak, sebab agak leceh sedikit prosesnya.
Miss HH buat something about magic and mathematic =)
Informative speech pulak miss HH buat pasal dreams =)
Untuk kedua-dua assignments ni, miss HH diwajibkan untuk memberikan OUTLINE.
OUTLINE itu apa?
Macam garis panduan untul lecturer tahu apa yang kita nak perkatakan dihadapan.
Outline ada markah tau. Jangan buat sambil lewa macam melepaskan batuk ditangga.
Listening macam biasalah sama macam semester satu.
Tapi a bit harder. =)

*CTU II

Sama macam semester satu, presentation, paperwork, hafazan and test.
Untuk semester satu, hafazan adalah Surah Al-Mulk
Untuk semester dua, surah As-Sajdah.

*BASIC PRINCIPLES IN EDUCATION

Sampai sekarang miss HH tak tahu ni subjek apa. =_=''
Apa yang miss HH faham, untuk subjek ni miss HH banyak handle event.
Tak banyak pun just satu je. HEHE. =D
Kelas miss HH special sikit, kena buat dua event.
Satu event pergi rumah orang tua-tua and satu lagi dinner untuk pelajar TESL =)
Miss HH handle event apa?
Nanti miss HH buat post special untuk tu. HEHE.
Jangan risau, subjek ni okey kot.
Insyaallah still boleh handle. =)

*LANGUAGE AND DRAMA

Miss HH sangat suka subjek ni.
Kenapa?
Sebab subjek ni sangat santai. Seriously =)
Percayalahhhh~ *menyanyi ala-ala Dato' Siti Nurhaliza =D*


Story telling, radio drama dengan one act play ^_^
Boleh score untuk subjek ni insyaallah =)
Nanti miss HH cerita macam mana yeee~~
TUNGGUUUU~

*LITERATURE

Subjek ni..... (teetttt)
Boleh laa. =)
Bebas bersuara untuk menyatakan pendapat anda.
Miss HH menyampuk sikit-sikit je. Hihi ^__^
1 novel untuk dihabiskan, more than 3 short story and many poems.
Yang paling BEST belajar banyak poem, bila final keluar poem lain. =_=''

Sekian sahaja untuk penerangan subjek this semester =)
*opss, dah habis pun =P*

Jom proceed kepada kawan-kawan aka siblings miss HH dekat bumi Lendufornia ni.
*Mesti baca sampai habis tauuu. Kalau tak, tak nak kawan =P*
Benda biasa kan dalam hidup ni mesti akan jumpa kawan yang berguna dengan kawan yang langsung tak boleh guna.
Maaflah bahasa kasar sikit.
Tapi itu la yang miss HH nak tekankan sebab once tersilap pilih kawan, merana la korang kat situ terkapai-kapai dalam lautan yang menuju entah ke mana.

ROOMMATE, CLASSMATE, CRY MATE, SHOPPING MATE. ^_^

Terlalu banyak untuk di terangkan untuk seorang gadis yang bernama NUR NABILAH BINTI ABDULLAH =D *eh, tereja nama penuh pulak* hehe.
Biey banyak mengubah miss HH.
*shussshh dia tak tahu. hehe*
Dapat mengubah apa?
Sila baca sampai habis. =)
Mengimbas kembali sewaktu kali pertama miss HH berjumpa dengan Biey, seriously miss HH rasa tak suka dengan Biey.
Kenapa?
Miss HH tak ada jawapan untuk itu.
Mungkinkah miss HH tak berapa betul?
Mungknkah miss HH entah terkena penyakit sawan?
Mungkinkah.... *dah tak larat nak type mungkin dah. =_=''
Tapi bila miss HH dah mula kenal rapat dengan biey, miss HH sayanggggg SANGAT dengan budak bertuah ni. =)
*Biey, sila tersenyum =D *
Terlalu banyak kenangan miss HH bersama dengan Biey walaupun hanya 8 bulan mengenali dia =)
Bila dengan Biey, miss HH rasa selamat nak cerita apa sahaja.
Even dari cerita pergi tandas, termenguap, tertidur. SEMUA laaa.
Kami berdua dipanggil belangkas.
Kadang-kadang bila Biey seorang mesti yang lain tanya hemo mana?
Hehehe. =)
Kami berdua selalu bergaduh even hal sekecil kuman =_=''


Tapi miss HH dengan Biey memang tak kan gaduh lama-lama.
Paling lama pun sejam dua. ^__^
Ntah la memang tak boleh gaduh lama-lama sebab kitaorang berdua ni memang serasi la kot. =P
Assignment pun banyak dengan Biey hampir semua kalau yang tak bersama tu sebab lecturer yang tentukan group.
Memang sangat seronok pair work dengan Biey.
Bila miss HH rasa stress and tak nak buat pass je kat Biey.
Kadang-kadang tu miss HH buat muka kelat habis sebab tak tahu buat.
Maaf biey. hehe.
Tapi selalunya Biey akan terangkan dekat miss HH kadang-kadang miss HH dapat ceramah pendek secara PERCUMA XD
*hambik kauuu sekali terkena. padan la muka dengan diri ini. hehe*
Miss HH terasa macam kami berdua ni complete each other.
Mana yang terkurang dalam Biey, miss HH tolong perfectkan. And vice verse.
Parents biey sangat baik pada miss HH. =)
Biey ni, kalau dia marah mula la dia cakap kelantan.
Time tu terpaksa la miss HH pekakkan telinga and buat-buat mengangguk faham je,
Maaf Biey. hehe.

Banyak lagi nak cakap tapi cukup dulu sampai sini.
Miss HH dah mengantuk sangat ni.
Nanti sambung lagi =)
Assallamualaikum...


Thursday 18 April 2013

What on Earth are these things? ~Pada Zaman Dahulu (Part 3)

Salam ^_^

Lama jugak miss HH tak update kan?
Miss HH dh jadi suri rumah sepenuh masa sekarang ni. =_=''
Sama macam zaman dulu-dulu lepas miss HH habis SPM. =D
Tadi bila kemas-kemas barang kenangan dekat UiTM cawangan Alor Gajah,
miss HH teringat kenangan lama. XD
Biar miss HH recall kembali macam mana miss HH menangani benda baru dalam hidup miss HH sebagai pelajar asasi TESL untuk kali yang pertama.

(Mahalnya!)

Hampir terpengsan miss HH mendengar harga buku untuk first semester.
(Maaf perkataan "terpengsan" tu miss HH exaggerate je lebih hehe)
Masa tu biasiswa asasi tak masuk lagi dalam akaun bank islam.
Miss HH terfikir jugak mesti ad sebab kenapa buku ni mahal sangat.
Rupa-rupanya guna buku import you all. (Gaya diva sekejap)
Patut la kann.
Miss HH nak tunjuk sikit buku untuk first semester.
Btw, ada jugak buku yang boleh dipakai sampai habis semester.


Yang atas ni buku untuk subjek writing.
Ada dua buku. Level 3 untuk semester satu and level 4 untuk semester 2.



Yang ni pulak untuk subjek grammar.
Buku ni pun boleh guna untuk semester 1 dengan semester 2. 
Seriously dekat dalam buku ni even miss HH tengok banyak chapter, but sebenarnya buku ni tak berapa complete sangat means macam tak banyak elaboration macam tu. 


Malaysian studies. ^__^
Buku ni agak tebal.
Oh buku ni bukan import, buku ni memang dibukukan untuk pelajar tesl sahaja. =)
Exclusive gitu. =)
Harga buku ni tak mahal sangat.
Miss HH tak ingat, tapi below rm 20. 
Buku ni hitam putih.
Oleh itu, miss HH nak ucap ALL DA BEST bila baca buku ni. 
P/S : Miss HH tak habis pun baca buku ni. Lompat-lompat gitu je baca. ^__^


Ini subjek untuk computer literacy.
Miss HH sangat malas nak bawak buku ni pergi kuliah. 
Sebab buku ni sangat berat. ='( 
Selalunya miss HH gilir-gilir bawak dengan classmates miss HH =)



Ini lah buku college study skills =)
Buku ni even untuk semester satu je, tapi bagi miss HH buku ni sangat berguna sampai kita dah habis belajar.
Trust me =)


Buku CTU, buku yang paling nipis.
Tapi miss HH nak cakap sikit, kalau final exam pihak UiTM akan keluarkan soalan lain dari module ni. 
Susah jugak nak menduga. 


Ni pulak buku reading =)
Buku reading ni agak berat jugak.
Kalau buku import ni berat sikit sebab guna kertas yang berkualiti. 
Hehehe. Poyo pulak. 

Sampai sini je kot post miss HH untuk kali ni.
Btw, lepas ni miss HH nak post pasal birthday miss HH pulak. hoho =)
Adios. =) 


Saturday 13 April 2013

Ya Allah Bantulah HambaMu ini ~ Pada zaman dahulu (Part 2)

Salam =)

Sorry sebab lambat update ^__^
Almaklumlah baru sampai rumah.
Jauh sungguh UiTM mencampakkan Miss HH dari tempat belajar dengan rumah ='(
Tapi tak apa dapat timba pengalaman baru yang tak boleh dijual beli =D
Kalau sebelum ni cerita pasal MDS dengan pertemuan kali pertama dengan TESLIANS.
Entry ini akan bersambung untuk kisah yang seterusnya. (Dah macam drama pulak) *KONON-KONON LA* =__=''

(Eh kenapa kena belajar ni pulak??)

Bila tengok senarai subjek untuk semester satu miss HH rasa nak pengsan sekejap.
Apa semua ni??? huahhhh ='(
Biar miss HH terangkan serba sedikit mengenai subjek yang miss HH kena ambil sebagai pelajar Asasi Tesl.

1. Computer Literacy

Eh subjek apa ni?
Apa motifnya miss HH kena belajar subjek ni?
Sebenarnya subjek ni pasal computer and laman web.
Something macam tu la.
Nanti belajar la dalam computer tu ada component apa.
Miss HH tak suka subjek ni. *HEHE*
Assignment untuk subjek ni best jugak, miss HH belajar macam mana nak buat laman web sendiri =)
Test untuk subjek ni susah giler. =__=''
All da best. HAHAHA *Maaf tergelak jahat pulak* hehe. sorry.
Tapi miss HH dapat A tau untuk subjek ni.
Itu pelik. =) Rezeki tu. Alhamdulillah. Hehehe.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa miss HH kena ambil subjek ni?
Mungkin untuk apply waktu jadi cikgu. Yela kan sekarang ni semuanya guna teknologi =D
Hehehe. =)

2. College Study Skills

Bila tengok subjek ni lagi pelik skill apa agaknya yang akan miss HH belajar?
Then bila dah belajar, baru lah tahu rasionalnya miss HH diwajibkan belajar subjek ni.
Subjek ni fokus kepada macam mana nak belajar dengan betul.
Time table untuk assignments.
Apa yang kena buat untuk tajamkan skill belajar kita.
Memang bermanfaat nanti boeh apply sampai bila-bila =)
Lebih kurang macam tu la.
Assignment? Hurmm. Pelik sikit untuk subjek ni.
Rasanya macam kena buat monthly planner.
Eh apa tu? Alaaa apa yang miss HH buat setiap bulan.
Contohnya macam revision, assignments apa kena hantar.

3. Malaysian Studies

Miss HH suka subjek ni.
Tapi yang buatkan miss HH kureng suka sebab malaysian studies ni dalam english. =,,= ( Dah nama pun ambil TESL kan. memang la semua english)
Malaysian studies ni macam sejarah. (Memang sejarah pun. Hahaha XD)
Miss HH berjumpa dengan kawan lama iaitu bab 2 sejarah tingkatan 1.
Ala yang ada zaman paleolitik tu. Yang tu la.
Buku subjek ni tebal yang amat.
Miss HH score jugak subjek ni. LALALA~
Macam mana miss HH hafal?
Rebus buku lepas tu air buku tu minum.
CONFIRM pandai.
Eh, jangan buat pulak miss HH tak nak bertanggungjawab =P
Sebenarnya tips utama untuk subjek ni just jawab soalan past years.
Ala macam korang semua buat untuk PMR dengan SPM tu. =)

4. Grammar

Inilah dia subjek yang paling digeruni oleh miss HH.
Subjek ni tak de assignment. =)
Test berlambak la. (3 je pun. maaf la selalu poyo sikit. hehe)
Alhamdulillah dengan adanya subjek ni grammar miss HH dibaik pulih =)
Miss HH belajar balik present simple, present progressive semua tu.
Tapi lebih mendalam.
Sangat seronok tau belajar subjek ni. =D
Nasihat miss HH sila score subjek ni untuk first semester. ^__^

5. Writing

Writing? Takkan tak tahu kot?
Essay la apa lagi. hehe =)
Miss HH belajar macam mana nak organize kan main idea semua tu.
800 words biasanya. Tapi kalau final selalunya dalam 400-550 words macam tu.

6. College Reading Skills

Subjek ni waktu mula-mula miss HH belajar agak pening sedikit.
Pening banyak sebenarnya. ^__^
Tapi best =)
Alaaa. Tak susah pun. Hehehe.

7. Islamic Education

Ini subjek Pendidikan Islam.
Susah sikit sebab ada sesetengah perkataan tu lain dalam english.
Satu lagi, subjek ni kadang-kadang dalam module cover topic lain tapi bila final dia keluar lain.
Macam ikut suka suki dia je.
Nak buat macam mana? Redha je la.
Miss HH pinjam buku kawan miss HH yang diploma tu.
Dapat la input sikit-sikit =)
Pandai-pandai la usaha kalau nak gred bagus kan =)

8. Listening & Speaking

Subjek ni. =,,=
Tak tahu la nak describe macam mana.
Miss HH menangis bila dapat tahu apa yang kena belajar dalam subjek ni.
Phonetics symbol. Salah satu daripada paper untuk listening.
listening lain, speaking lain.
Selamat menangis bila dapat assignment =)

p/s : Kalau miss HH ada masa, miss HH akan upload nota Malaysian Studies yang miss HH buat dengan kawan-kawan miss HH yang comel. =D

(Hai classmates baru)

Before start kuliah hari tu, miss HH dengan roommate yang bernama Iryani melihat-lihat dimana agaknya nama kami berdua dan kelas.
Sedih rasanya hati bila miss HH tahu yang miss HH tak sama kelas dengan roommate.



Seriously waktu MDS susah sangat nak cari kawan.
Rasa nak menangis. (Bukan rasa dah memang menangis pun =P )
MPI0201C Inilah kelas miss HH untuk semester satu.
Waktu kaki melangkah masuk ke dalam kelas semua muka sangat tak familiar bagi miss HH.
Semua muka poyo je. (Bila ingat balik rasa kelakar pulak. hehe =D )
Miss HH masih ingat masa tu kelas Grammar dekat BT 2.8 jam 10.30 pagi.
Memang krik, krik, krik, krik sorang-sorang kat situ.
Rasa bosan gila sebab kawan-kawan waktu MDS yang Tesl jugak semua lain kelas.
Redha je la.
Madam Nagamany ini nama lecturer yang akan mengajar kelas miss HH subjek college reading dengan grammar.
First time madam masuk.
Ya Allah terasa kecut hati macam jeruk =/


Kenapa? Sebab muka madam waktu tu sangat-sangat garang.
Waktu madam masuk semua muka macam baru nampak hantu. ^__^
Madam bagi warning macam-macam contohnya macam sahsiah rupa diri,peraturan dalam kelas dia.
Kebetulan waktu tu, ada dua orang student masuk lambat.
Nak tahu apa jadi? Madam marah.
sbb? Budak tu pakai jeans dengan t shirt. ( Budak tu budak perempuan)
Actually pelajar tesl ada dress code.
Semua pelajar perempuan diwajibkan memakai BAJU KURUNG setiap hari untuk ke kelas. =)
That's why madam marah.
Tapi madam bukan marah teruk dia just tegur and minta that girl jangan pakai baju tu lagi.

(Kenapa jauh sangat perjalanan ni?)

Hanya Tuhan je yang tahu betapa jauhnya perjalanan dari kolej ke kelas yang jauh di kayangan.
Kenapa kayangan? Sebab fakulti asasi Tesl dekat nunnnn di atas bukitttt.
Sila lihat gambar fakulti kayangan kesayangan miss HH ni.



Yang ni jalan nak naik atas. Yang bawah ni pulak fakulti kayangan.
Actually yang bwh ni dikenali sbg bangunan KPP 3 =) (Nama sbnr fakulti kayangan. Ingat manusia je ada nama samaran? bangunan pun ada tau ;)


Can you guys imagine miss HH mendaki bukit tonggek ni untuk sampai ke fakulti kayangan.
Ya Allah memang bersabar sangat-sangat.
Tapi tak apa mana ada benda yang senang dalam dunia ni betul tak?
Even nak makan pun susah =)



Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, miss HH mendaki jugak bukit tonggek tu.
Eh kenapa bukit tonggek? Haha itu fikir la sendiri.
Tapi seriously bukit tu memang sangat cerun ke atas.
Kalau siapa yang mendaki bukit tu guna high heels,
miss HH ucapkan GOOD LUCK =)

Sampai disini dulu post miss HH nanti sambung pulak.
Banyak lagi barang yang tak dikemas ni.
Adios  =) *waving hands*


Wednesday 10 April 2013

Asasi oh Asasi - Pada zaman dahulu (Part 1)

Salam semua ^__^

Eh, kenapa tajuk post kali ni pada zaman dahulu?
Sebab, miss HH nak imbau kembali zaman miss HH waktu asasi dulu.
( Tak adalah dulu mana pun baru je pun. Poyo je lebih. Hehehe.)
Insyaallah akan memberi manfaat. =)

SEMESTER 1

(MINGGU MDS)

~ Miss HH mengalami kesukaran dalam minggu ni. Nak tahu kenapa?
 
   1. First time berjauhan dengan family. Almaklumlah miss HH ni sekolah harian kan tiap-tiap hari balik =D
     
     
 
   2. Waktu mula-mula masuk UiTM Alor Gajah, Melaka kalau jumpa sesiapa mesti seseorang tu akan
       cakap dia adalah pelajar diploma. Waktu tu tiba-tiba terfikir mesti kat sini tak ramai budak Tesl.
       (memang betul pun ada 130 je) Minority je. Terasa lonely sekejap. Nasib baik dapat roommate Tesl
       jugak. =)  
 
     
   

   3. Bangun pukul 5.00 pagi. Sampai bilik pkul 1 or 2 pagi macam tu. Memang macam zombie dah miss HH
       time tu. Serious penat yang menggila. =,,=
       
     

  4. MDS ni dalam 5 hari macam tu. Tapi percaya la, memang korang akan rasa tak sabar nak habis MDS.
     
~Part yang best dalam MDS ni, setiap hari dapat solat berjemaah dekat masjid. Berganda-ganda pahalanya kalau solat berjemaah ni. ^__^

~Malam kebudayaan dengan kawan-kawan TESL 2012/2013 =D Seriously best sangat-sangat malam tu.

( PERJUMPAAN KALI PERTAMA UNTUK SEMUA PELAJAR TESL)

Masa ni la miss HH jumpa dengan kawanan Tesl. ( Errr kawanan? pun boleh. hehe.)
Waktu tu, kebanyakannya pelajar perempuan. Lelaki rsenye mcm half je.
Tak sangka boleh jumpa kawan satu sekolah and sama course. =D Happy gler time tu =D =D
Yang paling tak sangka tiba-tiba lecturer nak buat test untuk first day lecture week. =/
Nasib badan la. Malam tu jugak bukak buku. Tapi xtahu nak baca apa. Ntah apa-apa je Miss HH time tu.
To all junior to be good luck untuk TEST tu nanti =D
Test tu just buat ESSAY je. ^_^
Masa ni la miss HH dapat tahu betapa banyaknya credit hours dan juga subject. Tapi tak sebanyak subject yang diambil waktu SPM. =)
Serba sedikit briefing yang diberikan

1. Credit hours --> 24 (dalam seminggu akan ada 24 jam untuk 8 subjek)
2. 8 subjects. Only 6 Subjects for final.* With capital letters*
   * Computer Literacy
   * College Study Skills
   * LISTENING AND SPEAKING
   * GRAMMAR
   * COLLEGE STUDY SKILLS
   * WRITING
   * ISLAMIC EDUCATION (CTU)
   * MALAYSIAN STUDIES

# Apakah agaknya subjek di atas ni? 0_o * This was my face when I know what are the subjects*

Sampai disini dulu post Miss HH ye. ^__^
Tunggu kemunculan part 2 pulak ye =)





Apa istimewanya Asasi Tesl ni?

Salam semua =D

Sebenarnya sebelum ni miss HH tak pernah tahu pun Tesl tu apa.
So, memang tak hairan la kalau ramai orang tak tahu. Hehehe. ^_^
Tesl = (Teaching English as A Secondary Language)
Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti asasi Tesl?
Biar miss HH jawab berdasarkan pengalaman sendiri dan juga dari beberapa pendapat dari senior miss HH sebelum ni. 

KENAPA ASASI TESL? 

1. Semua pelajar asasi diberikan elaun dalam RM 1960 untuk satu semester. (1 semester=4 bulan)

2. Dikecualikan dari aktiviti kokurikulum. Sebab? Kredit hours yang banyak. ^__^

3. Waktu asasi, pelajar Tesl akan mempelajari subjek yang boleh improve kan Bahasa Inggeris  masing-masing. (Miss HH merasai sendiri perubahan ni)

4. NO MORE SCIENCE SUBJECT. Kalau ada insan yang  memang tak nak menghadap subjek sains boleh la ambil course ni. ^__^ (Macam miss HH sendiri =D )

5. Dalam umur 19 tahun boleh masuk degree. sebab asasi setahun je. =)


Tuesday 9 April 2013

Interview oh Interview =)

Salam semua =)


Bercakap pasal interview, kebanyakan insan yang akan di interview mesti rasa nervous and sebagainya. 
Biar miss HH terangkan serba sedikit mengenai interview untuk bakal junior ASASI TESL ye.





BILA?

Kalau zaman sebelum ni contohnya zaman miss HH, dalam bulan April.
So, rajin-rajin bukak UiTM punya portal eh.
Adik-adik sekalian, zaman sekarang ni dah tak ada hantar surat dekat rumah. Mimpi je la. Mungkin untuk kempen selamatkan bumi >_<
Please akak nk pesan TAKE NOTE bila tarikh interview.
Sebabnya, interview ni ada banyak sesi. (Dua sesi je pun. Hehehe)
Kalau akak dulu, interview Uitm buat  dua hari and rasanya macam akan diteruskan macam tu jugak. =)
Tengok betul-betul tarikh yang tercatat.
JANGAN SILAP TENGOK. Guna mata tu betul-betul ye. =)

DIMANA? 

Tempat interview selalunya ikut negeri masing-masing.
Contohnya kalau seseorang itu dari negeri Melaka, maka tempat interview dia dekat UiTM Alor Gajah, Melaka. 
UiTM sangat baik, dyeorang tak akan bagi tempat interview yang jauh dari rumah adik-adik semua =)
Before tu, make sure adik-adik tengok tempat interview dalam UiTM tu tau. Mcm akak ni yg dpt dekat UiTM Shah Alam. Kne pergi seksyen 17.
Kalau tak jumpa tempat tu jangan segan-segan sila la bertanya kepada pakcik-pakcik guard. =)
Nanti sesat bak kata pepatah " Malu bertanya sesat jalan"

APA YANG NAK DI BAWA?

1. Kad pengenalan
2. Sijil Lahir
3. Surat Tawaran
4. Sijil Kokurikulum & Kurikulum (ORIGINAL & COPY)
5. Peralatan menulis

P/S : Kenapa mesti sediakan copy untuk original? Sebabnya lepas tu interviewer akan ambil dan simpan untuk apa tak tahu la. Sebab akak tak pernah tanya pun. =,,=

INTERVIEW ADA BERAPA BAHAGIAN?

Ada dua bahagian.

1. Essay and soalan objektif. Jangan risau, just satu paper je. Tak banyak pun =)

2. Soalan jawab dengan interviewer a.k.a lecturer.

SOALAN YANG PERNAH DI TANYA.

(Soalan yg boleh KBKK and based on experience)

1. Why do you choose TESL? (FAMOUS QUESTION)
2. What do you do in your school? (This question was asked by the interviewer to me)
3. Can you tell us about yourself?
4. Who is the most person you admire?
5.  Tell us about your great teacher in your school.
6. What was the last game do you watch?
7. Tell us your best achievement in school?

(Soalan yang agak advanced sikit)

1. If you are not selected to this program what will you do?
2. What is your opinion about PPSMI?
3. Why do we need to choose you and put you into this program?

MACAM MANA NAK DAPAT EXTRA ATTENTION AKA EXTRA MARKS *INSYA-ALLAH*.  

1. Waktu masuk bilik tu, bagi salam.
2. Masuk dengan muka yang senyum. ( Kalau ye pun nervous jgn tunjukkan sangat ye. Pandai-pandai la cover)
3. Jangan la bila interviewer tu tanya, adik-adik jawab sepatah. Jawab la berjela-jela sikit. Tapi jangan terlebih pulak ye. =)
4. Body posture tu penting. Duduk straight jangan bongkok.
5. JANGAN silangkan kaki. ITU SANGAT TIDAK SOPAN!
6. Eye contact tu penting. Jangan pandang benda lain. Nanti nampak sangat adik-adik nervous.

Agak-agak ada lagi ke yang miss HH tertinggal? Kalau ada bagitahu ye...
By the way, nanti kalau dah interview, share la soalan dekat miss HH yee ;)
Setakat ini dulu untuk post kali ni.
Insyaallah I will tell you more in the next post later. =)


Monday 8 April 2013

Tajuk apa-apa pun boleh =)

Bismillah =)
Assallamulaikum ^_^ 
Hai semua. =) 
Ini adalah post pertama dari diri ini. =D Happy ~~~ wee~
Almaklumlah dah lama tak menulis dalam bahasa melayu. Yelah sebelum ni apa-apa pun sikit-sikit English. Eh, tak merungut tapi rinnduuu nak tulis dalam bahasa melayu =)
Diri ini baru sahaja menamatkan pengajian di Uitm, Alor Gajah, Malacca sebagai graduan Asasi Tesl 2012/2013. 
Ehh graduan ke? Tak kesah la =,,= hehe. 

There are a lot of stories that I want to write about. ABOUT US TESLIAN ='(
EHHH. Tekan brek sekejap, sebelum tu biarlah aku memperkenalkan diri sebagai hemohemo comel. Erk? comel ke diri ini? Mungkin. Hahaha XD
Kenapa mesti hemohemo? Eh, tak payah banyak tanya laaa. Hadoiii. 

Maafkan miss HH sbb merepek di atas. Pembukaan kata la katakan. ;)
Sebenarnya, tujuan miss HH  buat blog ni bukan apa just nak cerita pengalaman manis pahit masam dan juga perjalanan hidup sebagai pelajar asasi Tesl. 
Walaupun mesti orang kata alah baru habis asasi apa je miss HH nak kongsi kan? 
Tak pela. Miss HH malas nak dengar apa yang orang kata. =_=''

Juga untuk menyenangkan adik-adik untuk bertanya soalan mengenai asasi Tesl. 
Penuh PM miss HH dalam Facebook dengan message adik2. Jenuh juga jari-jemari yang comel ni nak menaip jawapan. =)
Tapi demi adik-adik miss HH sanggupkan jugak diri untuk membalas. =)
Sebab tu miss HH terfikir kenapa tidak miss HH wujudkan blog. So, senanglah adik-adik nak tanya soalan. Plus, semoga reader yang lain dapat juga info tambahan. =)
Adik-adik yang masih tak clear dengan maklumat yang akak berikan, akak akan terangkan balik dalam post yg seterusnya. Insyaallah. ^_^
(Sekejap akak sekejap miss HH. Entah apa-apa je pemilik blog ni =,,=)

Rasulullah S.A.W bersabda " Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat"


Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. 
Insyaallah =)
Miss HH akan menulis post yg seterusnya dan seterusnya esok dan hari yang seterusnya insyaallah.
Waktu sudah menunjukkan jam 4 Pagi. 
Miss HH kena pergi dulu merehatkan badan dan minda. =)