Saturday 20 April 2013

Apabila Allah Menduga (Pada Zaman Dahulu) The end?

Salam =)

Semua sihat hari ni?
Alhamdulillah miss HH sihat je kat sini. (tetibe pulak =_='')
Sebenarnya Pada zaman dahulu punya post dah sampai ke penghujungnya.
*sob sob* ='( sedihhhh.
Mungkin post kali ni panjang sedikit sebab miss HH rasa macam nak cerita sesuatu yang penting.
SANGAT PENTING. =D
Penting yang macam mana tu?
Kalau nak tahu sila la baca. ^__^ muehehe XD

SEMESTER 2 
(BEGINIKAH BERAKHIR?)

Kali pertama miss HH menjejakkan kaki di tanah Lendu, miss HH berjanji dengan diri sendiri untuk memperbaiki kesilapan yang miss HH lakukan waktu semester 1 dulu.
Kali ni miss HH bertukar roommate.
Kenapa?
Biarlah miss HH je yang tahu.
Nama roommate miss HH Nur Nabilah or nama manjanya biey =) *manje ke* =P
Jiwa miss HH ni rasanya lagi sesuai dengan biey. *wink wink* =D
Miss HH sedih jugak bila semester kedua ni bertukar classmates.
Sekali lagi kan?
Sob sob ='(
Tapi nak buat macam mana, life must go on. Hehe. ^__^
Alhamdulillah, miss HH dapat sekelas dengan biey =D.
Senang kalau nak pergi kelas sama-sama. Ada teman. =D
*eh kenapa banyak sangat emoticons ni?* XD

Before miss HH merapu lebih-lebih, subject untuk semester 2 adalah seperti di bawah

*WRITING II

Dalam subjek ni, masih kena buat essay macam semester satu tapi kena include in-text dengan end text citation.
Apa benda tu?
Miss HH pernah jugak bertanya soalan tu dengan diri sendiri.
Kalau rajin pergi google cari APA format.
Lepas tu baca la.
Contohnya, kalau miss HH ambil sedikit information daripada buku then letak dalam karangan miss HH.
Lepas tu, miss HH kena letak in-text citation dalam karangan and letak end text citation untuk rujukan.
Benda ni complicated sebenarnya. SANGAT =)
Sampai menangis miss HH dengan Biey di buatnya.
Korang ingat senang ASASI TESL ni? *tetibe emotional* hehe.
Satu je miss HH nak ingatkan jangan cepat putus asa, teruskan jugak usaha, ingat pengorbanan ibubapa tanya lecturer, try google, buat semana yang boleh.
Insyaallah boleh buat =) Doa jangan dilupakan.
Doakan senjata mukmin. ^__^

*GRAMMAR II

Subjek ni tak de yang beza sangat pun.
Just lagi susah sikit la.
But jangan risau Miss Siti lecturer terbaik untuk subjek ni.
*erm bukan miss HH nak kata lecturer lain tak okey, dyeorang okey je just bagi pandangan miss HH je =)*

*COLLEGE READING II

Entah kenapa miss HH rasa macam dah jatuh cinta dengan subjek ni.
Hehehe.
Dalam subjek ni miss HH belajar macam mana author's tone, author's purpose.
Memang menarik la subjek ni.
Yela memandangkan miss HH suka membaca, dapat la miss HH gunakan skill ni untuk membaca =)
Journal paling DAEBAK! haha. XD
Penat jugak miss HH dengan Biey turun naik fakulti di kayangan tu semata-mata nak dapatkan percentage yang terbaik untuk journal.
10% tauuu. Banyak kan?
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian ^__^
Alhamdulillah journal dapat 8.15% *tetibe nak bagi tahu percentage* hihi
Bukan niat nak membangga diri tapi sebagai motivasi untuk semua supaya berusaha. *terpoyo pulak* =_=''

*LISTENING AND SPEAKING II

Subjek ni untuk this semester, miss HH kena buat demonstrative speech dengan informative speech. ^__^
Demonstrative speech ni susah jugak sebab kita kena buat demo and tunjukkan kepada classmates =)
Apa yang miss HH buat untuk demo? Hahaa.
Biarlah rahsia. *wink wink*
Tapi yang pasti bukan memasak, sebab agak leceh sedikit prosesnya.
Miss HH buat something about magic and mathematic =)
Informative speech pulak miss HH buat pasal dreams =)
Untuk kedua-dua assignments ni, miss HH diwajibkan untuk memberikan OUTLINE.
OUTLINE itu apa?
Macam garis panduan untul lecturer tahu apa yang kita nak perkatakan dihadapan.
Outline ada markah tau. Jangan buat sambil lewa macam melepaskan batuk ditangga.
Listening macam biasalah sama macam semester satu.
Tapi a bit harder. =)

*CTU II

Sama macam semester satu, presentation, paperwork, hafazan and test.
Untuk semester satu, hafazan adalah Surah Al-Mulk
Untuk semester dua, surah As-Sajdah.

*BASIC PRINCIPLES IN EDUCATION

Sampai sekarang miss HH tak tahu ni subjek apa. =_=''
Apa yang miss HH faham, untuk subjek ni miss HH banyak handle event.
Tak banyak pun just satu je. HEHE. =D
Kelas miss HH special sikit, kena buat dua event.
Satu event pergi rumah orang tua-tua and satu lagi dinner untuk pelajar TESL =)
Miss HH handle event apa?
Nanti miss HH buat post special untuk tu. HEHE.
Jangan risau, subjek ni okey kot.
Insyaallah still boleh handle. =)

*LANGUAGE AND DRAMA

Miss HH sangat suka subjek ni.
Kenapa?
Sebab subjek ni sangat santai. Seriously =)
Percayalahhhh~ *menyanyi ala-ala Dato' Siti Nurhaliza =D*


Story telling, radio drama dengan one act play ^_^
Boleh score untuk subjek ni insyaallah =)
Nanti miss HH cerita macam mana yeee~~
TUNGGUUUU~

*LITERATURE

Subjek ni..... (teetttt)
Boleh laa. =)
Bebas bersuara untuk menyatakan pendapat anda.
Miss HH menyampuk sikit-sikit je. Hihi ^__^
1 novel untuk dihabiskan, more than 3 short story and many poems.
Yang paling BEST belajar banyak poem, bila final keluar poem lain. =_=''

Sekian sahaja untuk penerangan subjek this semester =)
*opss, dah habis pun =P*

Jom proceed kepada kawan-kawan aka siblings miss HH dekat bumi Lendufornia ni.
*Mesti baca sampai habis tauuu. Kalau tak, tak nak kawan =P*
Benda biasa kan dalam hidup ni mesti akan jumpa kawan yang berguna dengan kawan yang langsung tak boleh guna.
Maaflah bahasa kasar sikit.
Tapi itu la yang miss HH nak tekankan sebab once tersilap pilih kawan, merana la korang kat situ terkapai-kapai dalam lautan yang menuju entah ke mana.

ROOMMATE, CLASSMATE, CRY MATE, SHOPPING MATE. ^_^

Terlalu banyak untuk di terangkan untuk seorang gadis yang bernama NUR NABILAH BINTI ABDULLAH =D *eh, tereja nama penuh pulak* hehe.
Biey banyak mengubah miss HH.
*shussshh dia tak tahu. hehe*
Dapat mengubah apa?
Sila baca sampai habis. =)
Mengimbas kembali sewaktu kali pertama miss HH berjumpa dengan Biey, seriously miss HH rasa tak suka dengan Biey.
Kenapa?
Miss HH tak ada jawapan untuk itu.
Mungkinkah miss HH tak berapa betul?
Mungknkah miss HH entah terkena penyakit sawan?
Mungkinkah.... *dah tak larat nak type mungkin dah. =_=''
Tapi bila miss HH dah mula kenal rapat dengan biey, miss HH sayanggggg SANGAT dengan budak bertuah ni. =)
*Biey, sila tersenyum =D *
Terlalu banyak kenangan miss HH bersama dengan Biey walaupun hanya 8 bulan mengenali dia =)
Bila dengan Biey, miss HH rasa selamat nak cerita apa sahaja.
Even dari cerita pergi tandas, termenguap, tertidur. SEMUA laaa.
Kami berdua dipanggil belangkas.
Kadang-kadang bila Biey seorang mesti yang lain tanya hemo mana?
Hehehe. =)
Kami berdua selalu bergaduh even hal sekecil kuman =_=''


Tapi miss HH dengan Biey memang tak kan gaduh lama-lama.
Paling lama pun sejam dua. ^__^
Ntah la memang tak boleh gaduh lama-lama sebab kitaorang berdua ni memang serasi la kot. =P
Assignment pun banyak dengan Biey hampir semua kalau yang tak bersama tu sebab lecturer yang tentukan group.
Memang sangat seronok pair work dengan Biey.
Bila miss HH rasa stress and tak nak buat pass je kat Biey.
Kadang-kadang tu miss HH buat muka kelat habis sebab tak tahu buat.
Maaf biey. hehe.
Tapi selalunya Biey akan terangkan dekat miss HH kadang-kadang miss HH dapat ceramah pendek secara PERCUMA XD
*hambik kauuu sekali terkena. padan la muka dengan diri ini. hehe*
Miss HH terasa macam kami berdua ni complete each other.
Mana yang terkurang dalam Biey, miss HH tolong perfectkan. And vice verse.
Parents biey sangat baik pada miss HH. =)
Biey ni, kalau dia marah mula la dia cakap kelantan.
Time tu terpaksa la miss HH pekakkan telinga and buat-buat mengangguk faham je,
Maaf Biey. hehe.

Banyak lagi nak cakap tapi cukup dulu sampai sini.
Miss HH dah mengantuk sangat ni.
Nanti sambung lagi =)
Assallamualaikum...


2 comments:

  1. Awww..baiknye Biey tu kann :D

    ReplyDelete
  2. anne ni kawan biey ke?
    hehe. tetibe pulak rasa nak tanya =)

    ReplyDelete