Tuesday 9 April 2013

Interview oh Interview =)

Salam semua =)


Bercakap pasal interview, kebanyakan insan yang akan di interview mesti rasa nervous and sebagainya. 
Biar miss HH terangkan serba sedikit mengenai interview untuk bakal junior ASASI TESL ye.





BILA?

Kalau zaman sebelum ni contohnya zaman miss HH, dalam bulan April.
So, rajin-rajin bukak UiTM punya portal eh.
Adik-adik sekalian, zaman sekarang ni dah tak ada hantar surat dekat rumah. Mimpi je la. Mungkin untuk kempen selamatkan bumi >_<
Please akak nk pesan TAKE NOTE bila tarikh interview.
Sebabnya, interview ni ada banyak sesi. (Dua sesi je pun. Hehehe)
Kalau akak dulu, interview Uitm buat  dua hari and rasanya macam akan diteruskan macam tu jugak. =)
Tengok betul-betul tarikh yang tercatat.
JANGAN SILAP TENGOK. Guna mata tu betul-betul ye. =)

DIMANA? 

Tempat interview selalunya ikut negeri masing-masing.
Contohnya kalau seseorang itu dari negeri Melaka, maka tempat interview dia dekat UiTM Alor Gajah, Melaka. 
UiTM sangat baik, dyeorang tak akan bagi tempat interview yang jauh dari rumah adik-adik semua =)
Before tu, make sure adik-adik tengok tempat interview dalam UiTM tu tau. Mcm akak ni yg dpt dekat UiTM Shah Alam. Kne pergi seksyen 17.
Kalau tak jumpa tempat tu jangan segan-segan sila la bertanya kepada pakcik-pakcik guard. =)
Nanti sesat bak kata pepatah " Malu bertanya sesat jalan"

APA YANG NAK DI BAWA?

1. Kad pengenalan
2. Sijil Lahir
3. Surat Tawaran
4. Sijil Kokurikulum & Kurikulum (ORIGINAL & COPY)
5. Peralatan menulis

P/S : Kenapa mesti sediakan copy untuk original? Sebabnya lepas tu interviewer akan ambil dan simpan untuk apa tak tahu la. Sebab akak tak pernah tanya pun. =,,=

INTERVIEW ADA BERAPA BAHAGIAN?

Ada dua bahagian.

1. Essay and soalan objektif. Jangan risau, just satu paper je. Tak banyak pun =)

2. Soalan jawab dengan interviewer a.k.a lecturer.

SOALAN YANG PERNAH DI TANYA.

(Soalan yg boleh KBKK and based on experience)

1. Why do you choose TESL? (FAMOUS QUESTION)
2. What do you do in your school? (This question was asked by the interviewer to me)
3. Can you tell us about yourself?
4. Who is the most person you admire?
5.  Tell us about your great teacher in your school.
6. What was the last game do you watch?
7. Tell us your best achievement in school?

(Soalan yang agak advanced sikit)

1. If you are not selected to this program what will you do?
2. What is your opinion about PPSMI?
3. Why do we need to choose you and put you into this program?

MACAM MANA NAK DAPAT EXTRA ATTENTION AKA EXTRA MARKS *INSYA-ALLAH*.  

1. Waktu masuk bilik tu, bagi salam.
2. Masuk dengan muka yang senyum. ( Kalau ye pun nervous jgn tunjukkan sangat ye. Pandai-pandai la cover)
3. Jangan la bila interviewer tu tanya, adik-adik jawab sepatah. Jawab la berjela-jela sikit. Tapi jangan terlebih pulak ye. =)
4. Body posture tu penting. Duduk straight jangan bongkok.
5. JANGAN silangkan kaki. ITU SANGAT TIDAK SOPAN!
6. Eye contact tu penting. Jangan pandang benda lain. Nanti nampak sangat adik-adik nervous.

Agak-agak ada lagi ke yang miss HH tertinggal? Kalau ada bagitahu ye...
By the way, nanti kalau dah interview, share la soalan dekat miss HH yee ;)
Setakat ini dulu untuk post kali ni.
Insyaallah I will tell you more in the next post later. =)


3 comments:

  1. salam akak.
    macam mana pulak dengan etika pemakaian waktu interview?
    thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ^__^
      Waktu akak dulu, akak pakai baju kurung and kasut kulit warna hitam.
      Kalau boleh elakkan pakai kasut putih. =)
      Kalau tak nak pakai baju kurung boleh jugak pakai kemeja dengan seluar slack. Tapi bagi akak, better kalau awk pakai baju kurung. =)
      Harap dapat menjawab soalan awk tu =)

      Delete
  2. akak.. kasut 2 kene yg ade heels ckit ke.

    ReplyDelete