Monday 22 April 2013

Tahniah junior to be! ^__^

Salam =)

Tahniah SPM 2012's leavers sesiapa yang dapat interview Asasi Tesl =)
Berdebar-debar tak?
Mesti perasaan bercampur-campur kan?
Macam ada 1001 rasa dalam diri kan?
Jangan risau relaks. =)
Jadi macam cartoon kat bawah ni.


Sebelum tu miss HH nak ucapkan tahniah banyak-banyak.
Eh, bukan senang tau nak dapat interview ni.
Cuba bayangkan beribu-ribu pemohon yang minta anda adalah insan yang terpilih. =)

Miss HH nak share sikit pengalaman miss HH waktu interview dulu.
Mungkin boleh dapat sedikit input untuk adik-adik sekalian. *cewah* XD 

Alkisah bermulanya ada suatu hari dibulan April pada tahun 2012, miss HH tergerak untuk membuka laman web UiTM. 
Miss HH suka-suka je cek hari tu sebab ternampak post siapa entah yang kata boleh cek interview.
Nak tahu tak sebenarnya miss HH tak ingat yang miss HH ada apply asasi Tesl.
Teruk kan miss HH ni? Hehehe. ^__^
Nak dijadikan rezeki, Allah takdirkan miss HH ternampak post dan terus melayari laman web UiTM. 
Alhamdulillah, miss HH dapat  interview tu.


Miss HH gembira sangat waktu tu. =)
Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Hehehe. =D

Miss HH masih ingat lagi miss HH pergi interview dekat UiTM Shah Alam. =)
Siapa dapat dekat UiTM Shah Alam? Kita geng. ^__^



Miss HH dapat interview untuk sesi yang kedua = sesi petang.
Pukul 2.30 petang kalau tak silap. 
Berdebar-debar miss HH time tu. 

Kali pertama miss HH menjejakkan kaki di bumi UiTM Shah Alam Seksyen 17 rasa menggeletar seluruh badan. 
Miss HH pergi dengan ummi miss HH sahaja.
Miss HH  melangkah pergi melihat senarai nama miss HH dekat satu papan kenyataan. 
Alhamdulillah ada nama miss HH. 
Miss HH risau jugak kalau pergi-pergi tengok-tengok nama tiada. 

Miss HH masuk dalam dewan untuk ambil ujian bertulis.
Ummi miss HH tunggu dekat luar.
Ujian tu dalam sejam macam tu.
Miss HH dapat soalan WRITE THE ADVANTAGES OR DISADVANTAGES OF SOCIAL NETWORKS. ABOUT 200 WORDS. (miss HH tak sure sangat dengan bilangan patah perkataan)
Apa yang miss HH tulis?
Buat macam essay SPM la. hihi  ^__^
Introduction tu miss HH buat macam cerita sikit. (untuk menarik perhatian)
Ada beberapa soalan objektif.
Susah gila soalan objektif tu.
Dahla cakap pasal dessert (padang pasir) 
Lama jugak miss HH ambil masa nak jawab soalan tu. 
Lagi lama dari jawab soalan essay. =,,=

Lepas je habis jawab miss HH keluar dari dewan yang saiznya sederhana besar, miss HH terus keluar untuk sesi interview pulak.
Miss HH lupa miss HH dapat bilik interview number berapa tapi miss HH kena pergi dekat tingkat dua.
Miss HH number 5 kalau tak silap.
Ummi miss HH tak naik sekali sebab ramai orang yang beratur dekat situ.

Jantung miss HH rasa macam nak terkeluar waktu mendaki tangga. 
Bila ingat balik rasa lawak pulak. =)
Miss HH rasa tempat interview ni macam tempat kuliah pelajar UiTM Shah Alam. 

Waktu tengah duduk tu, miss HH senyap je. 
Ada budak-budak sebelah miss HH speaking kot. 
Haihh terasa cuak pulak. 
Dalam hati miss HH cakap kat diri sendiri 'no matter what happened I need to do my best'

Waktu miss HH cek, nak tahu satu benda tak.
Miss HH lupa bawak Identity Card ='(
Rasa nak menangis waktu tu.
Cuak pun ada jugak.
Dahla cuak nak interview tambah pulak dengan tak bawak Kad Pengenalan.

Miss HH pandang je budak-budak yang ke hulu ke hilir bawak dyeorang punya sijil terutama budak-budak SBP dengan MRSM.
Miss HH telan air liur. 'Dapat ke aku menandingi mereka ni?'
Miss HH tiupkan semangat pada diri sendiri sambil berselawat untuk hilangkan nervous. 



Bila tiba giliran miss HH, miss HH masuk dalam bilik tu dengan kaki kanan. ^__^ *jangan lupa ikut =)*
Miss HH bagi salam kepada interviewer.
Miss HH menarik nafas lega bila tengok interviewer nya perempuan.
Seorang melayu and seorang lagi Indian.
Miss HH serahkan sijil asal dalam satu file, sijil salinan dalam file yang satu lagi.
Nampak la tersusun sedikit. 

Miss HH duduk dekat atas kerusi plastik and jarak antara miss HH dengan interviewer tu dalam 1 meter. 
Yang interview melayu miss HH perasan dia tak tanya, dia just semak sijil miss HH. 
Yang Indian tu yang interview miss HH. 

Bermulalah interview miss HH.
Soalan yang pertama dia ajukan.

Q:  How did you come here?
A:  I come here by bus. ( time ni masih takut-takut lagi nak jawab)
Q: Why?
A: (eh kena bagitahu eh kenapa) Because my father have something important to do that is why he can't send me here. 

Miss HH terfikir betul kan jawapan aku ni?
Nampak sangat ke aku nervous?
Macam-macam yang miss HH fikir waktu tu.
Miss HH tenangkan diri. Lemparkan senyuman dan mata memandang puan interviewer.

Q: Do you come here alone?
A: I come here with my mother.

Miss HH just buat prediction yang interviewer tu saja nak bagi soalan yang senang-senang dulu baru dia tanya soalan yang susah sikit. Mungkin dia nak bagi kita selesa dulu.

Q: How did you go to school?
A: My father send me everyday. 

Masa ni miss HH rasa tak pe ke kalau miss HH jawab pendek je?
Jawapannya, tak apa sebab kalau dah memang soalan yang dia tanya tu memerlukan jawapan yang pendek jugak =)

Q: What did you do in your school?
A: (Mestilah belajar kan apa lagi?. But, nanti dulu. Mesti ada hidden meaning disebalik soalan interviewer ni) Miss HH pun berceritalah jawatan apa yang miss HH pegang dekat sekolah, pertandingan apa yang miss HH menang. Semua tu laa. Panjang pulak kalau nak cerita satu demi satu.

Masa ni, miss HH dah ada keberanian untuk bercakap. Soalan yang seterusnya susah sikit.

Q: What is your opinion about the PPSMI.
A: (nasib baik before datang sini miss HH ada buat research sikit pasal PPSMI) Nak tahu miss HH jawab apa? Hehehe. Miss HH setuju PPSMI dimansuhkan. 

Untuk soalan dekat atas ni miss HH malas nak elaborate sebab nanti timbul salah faham pulak. hehe.
Tapi rasanya kalau setuju terangkan lah kenapa and experience smua tu.

Dalam 10 minit macam tu, miss HH keluar.
Before keluar tu miss HH salam kedua-dua interviewer.
Interviewer tu ada jugak tanya sama ada miss HH ada soalan untuk ditanya atau tak.
Masa tu miss HH fikir nak keluar cepat and nak balik sebab sejuk sangat dah rasa macam duduk dalam negara beriklim sejuk so, miss HH tak de tanya apa-apa soalan. 

Itulah ceritanya.
^__^
 Apa yang penting untuk bakal junior miss HH, korang buat yang terbaik baca bismillah dulu sebelum jawab soalan interview. 
Yang penting fikir dulu before jawab tapi jangan fikir lama sangat.
All the best untuk adik-adik.
Miss HH doakan segala urusan korang dipermudahkan untuk interview nanti. ^_^
Insyaallah kalau ada rezeki memang tak akan ke mana. 




Nota comel : Kalau dapat asasi tesl jangan lupa bagitahu dekat miss HH. hehe. ^_^

19 comments:

  1. akak, contoh sijil yg kena bwk tu sijil pe eh? :)

    ReplyDelete
  2. Bawak semua sijil dari tadika sampai sekarang =)
    Jangan lupa buat copy eh =)

    ReplyDelete
  3. akak ! huhu *ternyata kenervousan* heheh emmm sy dpt tesl gak... nk tnye..skang kan bnyk dah KPM buat perubahan dlm sistem pmbljrn dan pgjran ni..nk check kat mne ea smua tu ?

    ReplyDelete
  4. macam mana tu?
    kurang jelas pertanyaan awk tu.

    ReplyDelete
  5. akak.. utk psl dessert 2 kan, general knowledge ke..

    ReplyDelete
  6. tak adalah.
    yang tu dia sediakan petikan.
    depends pada format spm awk mcm mne.
    sbb mcm akak hari tu dyeorang ikut sikit dari format paper english SPM. =)

    ReplyDelete
  7. akak..sijil2 yg dari tadika tu takpyah nk buat pgsahan kan?hehe..jenuh pgtua nk cop.."D

    ReplyDelete
  8. akak..file yg akak guna tu akak masukkn skali ke sijil2 dri tadika tu?
    ke asingkan..sorry kak bnyak tnya.. :'(

    ReplyDelete
  9. Akak sahkan semua sijil. hehe. =)
    Akak bawak dua file
    1. sijil asal
    2. sijil yang salinan
    Alaaa tak pe biarkan pengetua awk tu exercise tangan sikit.
    Hihihi ^__^

    ReplyDelete
  10. saya dapat nie interview. tapi saya takut ohh. bukan pandai speaking sangat. lagipun xda kawan lagi mau p nie interview :(

    ReplyDelete
  11. thanks for the useful information :)

    ReplyDelete
  12. awk yang comment takut nak interview tu jangan risau. Akak pun tak terror mana speaking.Cuba je la apa salahnya kan? =) Mana tau rezeki awak mmg dekat sana =)
    WALLWALLEY : u're most welcome =)

    ReplyDelete
  13. yeahh thank u kak :D harap2 lulus interview aminn. sijil bawa sijil semua sijil ka kak? pengesahan dari sekolah?

    ReplyDelete
  14. akaak seraamnya!! masuk bilik interview tu tak grouping ke? saya takut lahh nak speaking. kalau tersasul? hhmm. :(

    ReplyDelete
  15. *welcome =) aminnn. akak doakan ^__^ bawak semua pun tak apa. tak rugi pun.

    * kan akak kate individual =)sblm cakap tu fikir dulu. bukannya diaorang tanye awak terus jawab macam tu. =)

    ReplyDelete
  16. harap2 xde la nervous sgt nnti masa iv ^^
    nervous=my greatest enemy :(

    ReplyDelete
  17. kalau nervous waktu mula-mula masuk tu perkara biasa. =)
    selawat banyak-banyak. insyaallah hilang nervous tu.
    good luck =)

    ReplyDelete
  18. Sis,sya selalu follow update blog nii,alhamdulillah,saya dpat asasi tesl kat alor gajah jugak.

    ReplyDelete
  19. Really? ada facebook tak? boleh dimasukkan dalam group asasi tesl 2013/2014 alor gajah =)

    ReplyDelete