Wednesday 15 January 2014

Contengan Bakal Ubis. :/

Salam dan selamat sejahtera.

Rasanya agak lama Miss HH sunyi sepi tanpa khabar berita.
Ke mana agaknya Miss HH pergi?
Tak pergi mana-mana pun. ^_^
Cuma busy cara Miss HH la. Ekekeke. :D

Nampak title yang Miss HH tulis tu?
Hehehe.
Mesti ada yang tak tahu Ubis tu apa?
Kobis ke?
Bukan kobis tau....
Ubis tu stand for Universiti Kuala Lumpur Business School. :)
Insyaallah, lagi beberapa hari Miss HH akan bergelar pelajar Ubis.

Kenapa agaknya Miss HH terima tawaran Unikl ni?
Tak mahal ke?
Miss HH ni anak orang ada-ada ke?

Ada ke pembaca yang terfikir soalan tu dalam kepala? Hihi ^_^
Jawapannya....
Macam ni, abi Miss HH ada kata macam mana kalau Miss HH tak dapat tawaran IPTA intake kedua?
Dahla rugi satu semester dengan kawan-kawan yang lain. Tak kan nak rugi satu sem lagi?
So, setelah berbincang dengan meja bujur keluarga Miss HH... Akhirnya Miss HH menerima tawaran Unikl.
Mengenai mahal atau tidak. Jawapannya memang mahal. Tapi tidak semahal yuran IPTS yang lain macam MSU. :)
Miss HH hanya anak orang biasa-biasa. Cukuplah makan pakai semua. Lagipun, Miss HH nak buat pinjaman Mara.
Insyaallah, semoga pinjaman Mara Miss HH dipermudahkan.
Satu lagi, kalau buat pinjaman Mara, dapat diskaun.
3.0+ bayar 10%
2.5+ until 2.99 20%
3.5% Terus jadi biasiswa.


Tadaa.... Miss HH dah daftar secara online sebagai pelajar Unikl. :)
Doakan Miss HH ya. ^_^ 
Semoga berjumpa lagi dilain entry. 
Salam.



Wednesday 16 October 2013

Allah is the best planner for His servant.

Salam dan selamat sejahtera. ^_^

Lama jugak Miss HH tak update blog kan. =)
Mesti ada yang nak mendengar cerita Miss HH sekarang ni belajar dekat mana?
Ambil Course apa? Kan...

Inilah kisah sedihnya...
Dah sebulan pun sedihnya. Miss HH tak ditawarkan dekat mana-mana IPTA ='(
Sedih kan?

Tapi tak apalah. Nak buat macam mana. Bukan rezeki Miss HH nak masuk untuk intake pertama.
But no worries.
Alhamdulillah masih ada IPTA yang buat intake kedua.
Especially UiTM. ^___^

Untuk maklumat lanjut boleh pergi click Pengambilan UiTM. Di situ saudara dan saudari boleh lihat untuk maklumat lanjut.
Harga pin number hanya RM17.00 termasuk RM1.00 caj pengurusan.

Opss. Dah lari topik pulak. ^__^
Btw, kadang-kadang mungkin kita rasa apa yang kita rancang tu terbaik untuk diri sendiri, tapi percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang. =)
Yang penting, kita kena berusaha dan yakin dengan Qada' dan QadarNya. =)

Kiranya Miss HH akan menyambung semula pengajian di peringkat Degree pada tahun hadapan.
But never mind, Allah knows Better ;)

Adios. ^__^

Sunday 30 June 2013

Once upon a time "Berdebar-debar"

Salam semua =)

Alhamdulillah syukur dah lebih 1000+ yang melihat blog Miss HH ni. =)
Terima kasih ya. =D

Sebenarnya Miss HH dah lama tak update blog sebab Miss HH ketandusan idea nak merepek apa didalamnya.
Hehehe =P
Miss HH nak minta tolong, boleh tak kalau sesiapa yang singgah sini tolong klik disini.
Confirm yang ini bukan spam atau virus semua itu ya. =)
Tolong ya klik. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian ^____^

KLIK SINI. THANKS =)

Miss HH masih berjinak-jinak dalam bidang penulisan ^_^
Kalau sudi sila la baca dan berikan komen ya.
Miss HH akan setia menunggu.
Oh, ya sebenarnya yang ini cuma sampingan =D

Tujuan asalnya, Miss HH nak cerita pasal result UPU yang akan dikeluarkan minggu depan untuk lepasan Asasi/Matrikulasi/STPM/STAM.
Ini laman webnya =)

UPU =)

Menurut UPU keputusannya akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai 2013.
Miss HH sangat nervous.
Almaklumlah, zaman sekarang ini semuanya pandai-pandai, tempat yang disediakan tidak berapa banyak.
Miss HH mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran ke Degree in Literature (UKM)
Tapi kalau bukan rezeki Miss HH disitu, miss HH menerimanya dengan hati yang terbuka. =D

Buat adik-adik junior yang dah mula belajar sebulan yang lalu, Miss HH ucapkan selamat maju jaya. ^__^
Nanti insyaallah Miss HH nak update kan nota Miss HH yang dulu-dulu. =..=
Itupun kalau Miss HH rajin. =D
*Sejak duduk rumah ni, Miss HH sangat malas* Hehe.
Adik-adik jangan tiru perangai Miss HH ya. =D

Post kali ini sangat pendek sebab Miss HH nak buat revision untuk Muet Speaking test pada 4/7/2013 nanti =)
Doakan Miss HH ya. =)

Nota comel : Jaga diri sewaktu di musim jerebu ini. ^___________^


Friday 10 May 2013

Alhamdulillah. Rezeki lagi =)

Salam. ^__^

Pagi tadi miss HH dapat sms dari pihak UPU.
Alhamdulillah. Miss HH dapat menduduki ujian MEdSI.


Doakan miss HH dipermudahkan untuk menjawab soalan ye ^__^


Nanti lepas miss HH habis MEdSI, miss HH akan terangkan serba sedikit pasal ujian ni.
Sbb miss HH pun keliru jugak dgn benda ni.
Orang ni kata lain, dia kata lain.
Miss HH ambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja. 
Pergi and buat yang terbaik je.
Kalau ada rezeki tak akan pergi ke mana. 
Betul tak?


nota comel: Dengar-dengar adik spm 2012 dah nak masuk matrik 27/5 ni. All da best adik2. ^__^ 

Thursday 9 May 2013

MUET oh MUET!

Salam semua =)
Fuh fuh dah berhabuk blog miss HH ni. ^__^
Post kali ni, miss HH nak tulis serba sedikit tentang MUET.



Apa itu MUET?

--> Malaysian University English Test (MUET)

Kenapa perlu ambil MUET?

--> Sebagai syarat untuk memasuki Sarjana Muda/Degree
--> Tak ada MUET tak boleh ambil degree. *as simple as that*

Syarat untuk ambil MUET?

--> Tiada syarat khas untuk seseorang tu ambil MUET. Just ambil.
--> Umur 10 tahun pun boleh ambil MUET kalau nak. *hehe*

Result MUET ada expired date tak?

--> Mestilah ada. =)
--> Selama 3 tahun. ^__^

MUET ada berapa bahagian dan apa?

--> MUET ada 4 bahagian.
      i) Speaking (45markah)

      ii) Listening (45markah)
     iii) Reading (120markah)
     iv) Writing (90markah)

MUET ni dikira macam mana? Maksudnya guna gred or guna band?

--> Guna band =)
--> Ada 6 band semuanya. (Band 6 yang paling tinggi sekali)
--> Band 1- (very limited user) below 100m
--> Band 2-(Limited user) 100-139
--> Band 3 (Modest user) 140-179
-->Band 4 (Satisfactory user) 180-219
--> Band 5 ( Proficient User) 220-259
-->Band 6 ( Highly Proficient User) 260-300

Bila boleh ambil MUET?

--> 3,7,11 setiap tahun.

Berapa bayaran yang dikenakan?

--> RM 100

Kat mana nak daftar?

--> melalui portal http://www.mpm.edu.my/

nota comel: 

Bagi para pelajar yang nak sambung degree tesl dgn law diWAJIBKAN MUET band 4.
No band 4 said bye-bye.

Sekiannn. =)Sila doakan miss HH nanti untuk Muet bulan Julai ni. ^___^

Monday 22 April 2013

Tahniah junior to be! ^__^

Salam =)

Tahniah SPM 2012's leavers sesiapa yang dapat interview Asasi Tesl =)
Berdebar-debar tak?
Mesti perasaan bercampur-campur kan?
Macam ada 1001 rasa dalam diri kan?
Jangan risau relaks. =)
Jadi macam cartoon kat bawah ni.


Sebelum tu miss HH nak ucapkan tahniah banyak-banyak.
Eh, bukan senang tau nak dapat interview ni.
Cuba bayangkan beribu-ribu pemohon yang minta anda adalah insan yang terpilih. =)

Miss HH nak share sikit pengalaman miss HH waktu interview dulu.
Mungkin boleh dapat sedikit input untuk adik-adik sekalian. *cewah* XD 

Alkisah bermulanya ada suatu hari dibulan April pada tahun 2012, miss HH tergerak untuk membuka laman web UiTM. 
Miss HH suka-suka je cek hari tu sebab ternampak post siapa entah yang kata boleh cek interview.
Nak tahu tak sebenarnya miss HH tak ingat yang miss HH ada apply asasi Tesl.
Teruk kan miss HH ni? Hehehe. ^__^
Nak dijadikan rezeki, Allah takdirkan miss HH ternampak post dan terus melayari laman web UiTM. 
Alhamdulillah, miss HH dapat  interview tu.


Miss HH gembira sangat waktu tu. =)
Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Hehehe. =D

Miss HH masih ingat lagi miss HH pergi interview dekat UiTM Shah Alam. =)
Siapa dapat dekat UiTM Shah Alam? Kita geng. ^__^



Miss HH dapat interview untuk sesi yang kedua = sesi petang.
Pukul 2.30 petang kalau tak silap. 
Berdebar-debar miss HH time tu. 

Kali pertama miss HH menjejakkan kaki di bumi UiTM Shah Alam Seksyen 17 rasa menggeletar seluruh badan. 
Miss HH pergi dengan ummi miss HH sahaja.
Miss HH  melangkah pergi melihat senarai nama miss HH dekat satu papan kenyataan. 
Alhamdulillah ada nama miss HH. 
Miss HH risau jugak kalau pergi-pergi tengok-tengok nama tiada. 

Miss HH masuk dalam dewan untuk ambil ujian bertulis.
Ummi miss HH tunggu dekat luar.
Ujian tu dalam sejam macam tu.
Miss HH dapat soalan WRITE THE ADVANTAGES OR DISADVANTAGES OF SOCIAL NETWORKS. ABOUT 200 WORDS. (miss HH tak sure sangat dengan bilangan patah perkataan)
Apa yang miss HH tulis?
Buat macam essay SPM la. hihi  ^__^
Introduction tu miss HH buat macam cerita sikit. (untuk menarik perhatian)
Ada beberapa soalan objektif.
Susah gila soalan objektif tu.
Dahla cakap pasal dessert (padang pasir) 
Lama jugak miss HH ambil masa nak jawab soalan tu. 
Lagi lama dari jawab soalan essay. =,,=

Lepas je habis jawab miss HH keluar dari dewan yang saiznya sederhana besar, miss HH terus keluar untuk sesi interview pulak.
Miss HH lupa miss HH dapat bilik interview number berapa tapi miss HH kena pergi dekat tingkat dua.
Miss HH number 5 kalau tak silap.
Ummi miss HH tak naik sekali sebab ramai orang yang beratur dekat situ.

Jantung miss HH rasa macam nak terkeluar waktu mendaki tangga. 
Bila ingat balik rasa lawak pulak. =)
Miss HH rasa tempat interview ni macam tempat kuliah pelajar UiTM Shah Alam. 

Waktu tengah duduk tu, miss HH senyap je. 
Ada budak-budak sebelah miss HH speaking kot. 
Haihh terasa cuak pulak. 
Dalam hati miss HH cakap kat diri sendiri 'no matter what happened I need to do my best'

Waktu miss HH cek, nak tahu satu benda tak.
Miss HH lupa bawak Identity Card ='(
Rasa nak menangis waktu tu.
Cuak pun ada jugak.
Dahla cuak nak interview tambah pulak dengan tak bawak Kad Pengenalan.

Miss HH pandang je budak-budak yang ke hulu ke hilir bawak dyeorang punya sijil terutama budak-budak SBP dengan MRSM.
Miss HH telan air liur. 'Dapat ke aku menandingi mereka ni?'
Miss HH tiupkan semangat pada diri sendiri sambil berselawat untuk hilangkan nervous. 



Bila tiba giliran miss HH, miss HH masuk dalam bilik tu dengan kaki kanan. ^__^ *jangan lupa ikut =)*
Miss HH bagi salam kepada interviewer.
Miss HH menarik nafas lega bila tengok interviewer nya perempuan.
Seorang melayu and seorang lagi Indian.
Miss HH serahkan sijil asal dalam satu file, sijil salinan dalam file yang satu lagi.
Nampak la tersusun sedikit. 

Miss HH duduk dekat atas kerusi plastik and jarak antara miss HH dengan interviewer tu dalam 1 meter. 
Yang interview melayu miss HH perasan dia tak tanya, dia just semak sijil miss HH. 
Yang Indian tu yang interview miss HH. 

Bermulalah interview miss HH.
Soalan yang pertama dia ajukan.

Q:  How did you come here?
A:  I come here by bus. ( time ni masih takut-takut lagi nak jawab)
Q: Why?
A: (eh kena bagitahu eh kenapa) Because my father have something important to do that is why he can't send me here. 

Miss HH terfikir betul kan jawapan aku ni?
Nampak sangat ke aku nervous?
Macam-macam yang miss HH fikir waktu tu.
Miss HH tenangkan diri. Lemparkan senyuman dan mata memandang puan interviewer.

Q: Do you come here alone?
A: I come here with my mother.

Miss HH just buat prediction yang interviewer tu saja nak bagi soalan yang senang-senang dulu baru dia tanya soalan yang susah sikit. Mungkin dia nak bagi kita selesa dulu.

Q: How did you go to school?
A: My father send me everyday. 

Masa ni miss HH rasa tak pe ke kalau miss HH jawab pendek je?
Jawapannya, tak apa sebab kalau dah memang soalan yang dia tanya tu memerlukan jawapan yang pendek jugak =)

Q: What did you do in your school?
A: (Mestilah belajar kan apa lagi?. But, nanti dulu. Mesti ada hidden meaning disebalik soalan interviewer ni) Miss HH pun berceritalah jawatan apa yang miss HH pegang dekat sekolah, pertandingan apa yang miss HH menang. Semua tu laa. Panjang pulak kalau nak cerita satu demi satu.

Masa ni, miss HH dah ada keberanian untuk bercakap. Soalan yang seterusnya susah sikit.

Q: What is your opinion about the PPSMI.
A: (nasib baik before datang sini miss HH ada buat research sikit pasal PPSMI) Nak tahu miss HH jawab apa? Hehehe. Miss HH setuju PPSMI dimansuhkan. 

Untuk soalan dekat atas ni miss HH malas nak elaborate sebab nanti timbul salah faham pulak. hehe.
Tapi rasanya kalau setuju terangkan lah kenapa and experience smua tu.

Dalam 10 minit macam tu, miss HH keluar.
Before keluar tu miss HH salam kedua-dua interviewer.
Interviewer tu ada jugak tanya sama ada miss HH ada soalan untuk ditanya atau tak.
Masa tu miss HH fikir nak keluar cepat and nak balik sebab sejuk sangat dah rasa macam duduk dalam negara beriklim sejuk so, miss HH tak de tanya apa-apa soalan. 

Itulah ceritanya.
^__^
 Apa yang penting untuk bakal junior miss HH, korang buat yang terbaik baca bismillah dulu sebelum jawab soalan interview. 
Yang penting fikir dulu before jawab tapi jangan fikir lama sangat.
All the best untuk adik-adik.
Miss HH doakan segala urusan korang dipermudahkan untuk interview nanti. ^_^
Insyaallah kalau ada rezeki memang tak akan ke mana. 




Nota comel : Kalau dapat asasi tesl jangan lupa bagitahu dekat miss HH. hehe. ^_^

Sunday 21 April 2013

Apakah makna persahabatan?

Salam ^__^

Kali ni miss HH nak fokus topik pasal friendship.
Bagi miss HH friendship ni sangat penting.
Bukan setakat kawan dengan orang tu untuk kepentingan diri sendiri.
Kalau kawan sebab ada kepentingan friendship memang tak kan tahan lama.
TRUST ME!


Biarlah keyboard laptop miss HH ni berbicara.
Miss HH ada dua kenangan paling tak baik dalam FRIENDSHIP ni.
Seriously rasa nak lupakan semua tu.
Tapi miss HH akan cerita jugak supaya dapat memberikan pengajaran pada semua. =)

Masa miss HH masih dalam alam persekolahan, miss HH  ada la berkawan dengan si A, dengan si B.
Dua-dua perempuan.
Miss HH tak ada kawan rapat lelaki.
Kenapa?
Sebab miss HH tak biasa. hehe =P
Masa tu miss HH form 2 kalau tak silap.
Miss HH rapat dengan A dan B pun sebab diaorang berdua tu kawan miss HH dari sekolah rendah.
Disebabkan kawan yang rapat dengan miss HH kebanyakannya pergi asrama penuh dengan MRSM, miss HH terkapai-kapai la berseorangan kat sekolah menengah. 
Time goes by, agaknya Allah nak tunjuk satu hari tu, miss HH kena tinggal dengan si A dengan si B ni. 
Mestilah miss HH rasa sedih.
Bukan sekali tau, dah banyak kali.
Masa tu lah miss HH dengan selamba badak peluk seorang budak perempuan ni.
Nama dia, NUR AQILAH AHMAD FUAD =)
Mestilah dia pun terpinga-pinga waktu tu.
Yelah, kalau miss HH pun mestilah terpinga-pinga sebab tetibe orang peluk kan. =)
Mereka berdua (A dengan si B) rupa-rupanya pernah mengutuk dibelakang miss HH.
Memang la bengang kan tapi, biarlah diaorang. ^__^
Sejak dari peristiwa tu, miss HH berkawan baik dengan Qila. 
Sampai sekarang tau. 
Dah 5 tahun usia persahabatan miss HH dengan Qila. =)
Miss HH masih berhubung dengan Qila sampai sekarang.
Hari lahir miss HH dia tak pernah lupa tau. =)
Hadiah birthday tiap-tiap tahun dapat.
Rumah miss HH dengan Qila tak jauh sangat.
Dekat je. ^__^
Yang paling miss HH tak boleh lupa, Qila dengan miss HH pernah minat lelaki yang sama tapi dua-dua mengalah biar jela lelaki tu.
Hihihi =D 


Buat sesiapa yang pernah bergaduh dengan kawan baik sendiri sebab berebutkan lelaki HENTIKAN je la.
Bukannya dapat apa-apa pun.
Seronok lelaki tu tengok korang bergaduh sebab dia.
Tak malu ke? =)
Selesai la baik-baik.
Kawan yang baik ni sukar dicari.
=)

Kali pertama berjumpa dengan NORFARHANA dengan NOORFARAHANI waktu miss HH balik dari MDS. 
Miss HH masih ingat time tu, dah malam.
Pukul 1 pagi kot.
Miss HH ingatkan roommate miss HH tak ada dalam bilik.
So, miss HH beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik jiran sebelah.
Hana dengan Hani la jiran bilik miss HH. 
Hana pernah cakap dengan miss HH waktu mula-mula tu dia kata miss HH budak-budak sekolah.
Tak guna betul. =_=''
Tapi miss HH tak ambil hati pun.
Hehe. =)
Sejak daripada tu, miss HH sangat sayang pada mereka berdua ni. 
Miss HH memang selalu dekat bilik Hana dengan Hani sebab roommate miss HH selalu tak de dekat bilik.
Lagipun miss HH dengan Hana  satu kelas waktu semester satu dulu.
So, senang sikit nak bincang apa yang dah belajar dalam kelas dengan Hana. =)
Bincang assignment sama-sama. ^__^ Makan pun sama-sama =D 
Miss HH terkilan sebenarnya sebab tak dapat jumpa Hana waktu lepas habis asasi.
Miss HH tak ingat dia balik hari miss HH dengan Biey pergi jalan-jalan pada waktu yang sama. ='(
Tak apa, biar jauh di mata dekat di hati ye tak ? =)


Mummy miss HH, NORHANANI, FAJRINA, thanks korang =)
Sedih sebenarnya sebab lepas ni entah bila pulak boleh jumpa kann. 
Insyaallah korang berdua akan kekal dalam ingatan. ^__^

Kawan-kawan seperjuangan Asasi Tesl terutamanya MPIO201C dengan MPIO202B miss HH sayang sangat kat korang semua.
Terutamanya Fitri(Daddy tiri), shinbei, hidayah, iman, nina, shafiee, semua laaa. 
Tak larat pulak nak type. hehe. ^__^

Bagi miss HH, classmates miss HH dah macam adik beradik miss HH sendiri.
Mereka ada waktu miss HH perlukan bantuan.
Seriously, this is not goodbye to all my classmates.
I believe we will met again. =)






Miss HH buat video di atas khas untuk classmates miss HH. ^__^



Selalunya kawan yang rapat dengan kita ni mencerminkan siapa kita. =)
Yela, mana ada orang nak kawan dengan orang yang tak sebulu dengan dia. 
Betul tak? 




Miss HH sangat merindui kawan-kawan sewaktu asasi dulu.
Huahhh.
Rasa nak menjerit =/
Tapi insyaallah sekarang ni kan zaman moden, boleh je sms, video call tanya khabar ye tak?

Miss HH mengundur diri dulu.
Selamat petang =)
Adiossss. ^__^